HEBAHAN DASAR PERKONGSIAN DATA SELANGOR (DPDS) MELALUI SelGDX
Seiring dengan pelaksanaan perkongsian data merentas agensi Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Government Data Exchange (SelGDX), semua warga kerja adalah digalakkan untuk memahami dan menghayati Dasar Perkongsian Data Selangor (DPDS) sebagai asas kepada perkongsian data yang selamat, cepat dan tepat.
DPDS menekankan kepentingan keselamatan data, kecekapan operasi, interoperabiliti serta kualiti data bagi menyokong tadbir urus yang lebih mantap, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan membantu menghasilkan keputusan yang lebih tepat berasaskan data.
Sila luangkan sedikit masa untuk merujuk poster yang dilampirkan bagi mendapatkan gambaran ringkas mengenai DPDS, prinsip serta manfaat perkongsian data dalam menyokong transformasi digital Kerajaan Negeri Selangor.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan SelGDX di infoselgdx@selangor.gov.my atau layari https://selgdx.selangor.gov.my/
