PENGGUNAAN SISTEM PENGGILIRAN KERJA BERSEPADU
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sepang telah membangunkan Sistem Penggiliran Kerja Bersepadu (Integrated Works Rotation System) (INSYSQ) untuk kontraktor atau pembekal yang akan diguna pakai di peringkat majlis bagi urusan lantikan terus untuk kerja-kerja dan perkhidmatan di bawah seliaan jabatan.
Sehubungan itu, bermula 1 Julai 2026 pembekal atau kontraktor yang berminat perlu mendaftar di sistem tersebut bagi permohonan kerja-kerja dan perkhidmatan lantikan terus melalui pautan https://emaklum.mpsepang.gov.my/insysq.
