PERJALANAN & PENGANGKUTAN

Ke Sepang

Melalui Udara

Oleh kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Sepang, adalah sangat mudah bagi pelawat dari luar negara  untuk melawat daerah ini. Sila lihat bahagian “Get In – KLIA” bagi mendapatkan maklumat tentang memasuki atau keluar dari lapangan terbang tersebut.

Dengan Keretapi

Pelawat ke Sepang, termasuk juga ke Litar Formula Satu, boleh menggunakan perkhidmatan rel yang baik di antara Kuala Lumpur dan KLIA. Sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA‘ untuk maklumat yang lebih terperinci berkenaan servis keretapi laju KLIA Ekspres dan KLIA Transit diantara pusat pengangkutan Kuala Lumpur, KL Sentral, dengan lapangan terbang tersebut dimana terdapat juga lain-lain sambungan ke beberapa kawasan di Sepang.

Pelawat juga boleh menggunakan Komuter KTM ke Sepang. Sila ambil keretapi ke stesyen Nilai, Negri Sembilan. Dari sana bas Syarikat Sepang Omnibus memberi servis ke beberapa bahagian di daerah Sepang, termasuk KLIA, Salak Tinggi, Sepang (bagi sambungan ke Port Dickson, Negeri Sembilan) dan Sungai Pelek.

Dengan Bas

Pelawat juga boleh menggunakanpel bagai rangkaian bas di antara Kuala Lumpur dan KLIA untuk sampai ke Sepang – sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA‘ untuk maklumat terperinci.

Syarikat Transnasional mempunyai rangkaian servis dari Perhentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Salak Tinggi, Sepang dan Sungai Pelek. Transnasional juga menggendalikan bas tempatan dari Sepang dan Sungai Pelek ke Tanjung Sepat dan Banting di daerah Kuala Langat yang bersebelahan. Perjalanan ini melalui ladang-ladang kelapa sawit yang berbatu-batu, dan beberapa kampung Melayu pinggir laut yang amat cantik.

Sepang Omnibus pula menyediakan laluan tempatan terus dari Seremban di Negeri Sembilan ke Sungai Pelek melalui Nilai, KLIA, Slak Tinggi dan Sepang; dan Seremban ke Banting melalui Nilai, KLIA, Salak Tinggi dan Bukit Changgang. Ia juga mempunyai perkhidmatan bas dari Sungai Pelek ke Port Dickson, Negeri Sembilan melalui Sepang. Sementara di utara pula, Sepang Omnibus menyediakan perkhidmatan dari Sungai Pelek ke Tanjung Sepat di daerah bersebelahan iaitu Kuala Langat.

Dengan Teksi

Teksi-teksi tempatan menyediakan perkhidmatan dari semua bandar utama, kecuali dari KLIA. Dari KLIA anda hanya boleh menggunakan sistem teksi berkupon. Lihat bahagian ‘Get in – KLIA‘ untuk maklumat terperinci.

Ke Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit)

Cara termudah ke litar ini semasa musim perlumbaan adalah melalui keretapi dari KL Sentral dan seterusnya menaiki bas perantaraan (shuttle buses) yang akan membawa anda terus ke litar tersebut. Pihak pengendali KLIA Ekspres dan KLIA Transit memepunyai beberapa pakej yang merangkumi kedua-dua perjalanan keretapi dan bas perantaraan. Sila lihat laman sesawang KLIA Ekspres atau Litar Antarabangsa Sepang..

Ke Cyberjaya

Bagaimanakah caranya untuk ke Cyberjaya?

Cyberjaya dianggap mudah untuk dihubungi baik dari dalam mahupun dari luar negara. Terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kira-kira 40km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Cyberjaya merupakan suatu pusat kegiatan yang serba-mudah untuk pengangkutan tempatan dan antarabangsa.

Dengan Kereta

Cyberjaya dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Kuala Lumpur Sentral melalui Lingkaran landasan Ekspres (ERL) serta juga dihubungkan ke kawasan-kawasan utama perniagaan melalui suatu rangkaian lbuhraya ekspress. Cyberjaya dihubungkan dengan Kuala Lumpur and Lembah Klang dengan beberapa buah lebuhraya:

  • Lingkaran Tengah Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan (Elite Highway)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Ekspres Lembah Klang Selatan (menghubungkan Kajang ke LDP)
  • Lebuhraya KL Putrajaya- lihat Peta Lebuhraya untuk perincian lanjut.

Pembangunan Masa Depan: Lebuhraya KL-Putrajaya akan memiliki sambungan terus paling dekat antara pusat perdagangan KL, Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya, Koridor Raya Multimedia Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang yang akan mengurangkan masa perjalanan daripada kira-kira 1 jam kepada lebih kurang 30 minit. Melalui sambungan stratejik ini, Lebuhraya tersebut akan lebih tepat dinamakan “Pintu masuk ke Negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Lebuhraya KL-Putrajaya yang akan dating ini, sila lawati www.kl-putrahighway.com.my

Dengan Bas (RapidKL)

Bas-bas ulangalik menyediakan perkhidmatan daripada pelbagai destinasi sekitar Cyberjaya. Kesemua bas melalui Terminal Pengangkutan Barat dari (“WTT”) dari…

  • KL Sentral Bas No. E1 Kekerapan: 20-30 min. Masa Beroperasi: 0600-0000 Catatan: tempoh perjalanan kira-kira 60 minit Tambang Harian = RM4.00
  • KTM Serdang Bas No. T42 Kekerapan: 20-30 min. Masa Beroperasi: 0600-0000 Catatan: tempoh perjalanan kira-kira 30 minit Tambang Harian = RM2.00
  • Bandar Utama melalui Puchong Bas No. T43 Kekerapan: 20-30 min. Masa Beroperasi: 0600-0000 Catatan: tempoh perjalanan kira-kira 90 minit Tambang Harian = RM2.00
  • Kajang Kekerapan: 5 kali sehari Masa Beroperasi: 0815-1715 Catatan: Bukan laluan utama
  • Banting Kekerapan: 10 kali sehari Masa Beroperasi: 0750-1840 Catatan: Bukan laluan utama

Sekitar Cyberjaya

Bersiar-siar sekitar Cyberjaya

Cyberjaya menawarkan perkhidmatan pengangkutan seperti berikut:

Parkir & Naik –

Perkhidmatan Ulang Alik: Kemudahan Meletak kenderaan dan menaiki bas atau dikenali perkhidmatan Shuttle ialah sebahagian daripada rancangan Kerajaan Malaysia untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Cyberjaya. Ia menyediakan pilihan kepada orangramai yang ingin meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kenderaan yang telah ditetapkan dan seterusnya menaiki bas untuk bergerak ke sebahagian besar tempat di Cyberjaya.

Perkhidmatan ini bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam. Buat masa ini tiada bayaran dikenakan untuk penggunaan semua bas dan tempat letak kenderaan tersebut. Parkir percuma dan menaiki bas shuttle percuma tidak hanya menimatkan masa dan wang malah turut mengelakkan kekecewaan akibat kesesakan lalulintas serta kepayahan mencari tempat parkir di dalam bandar.

Talian panas Shuttle: +603 – 8318 5364 Untuk lihat Jadual Shuttle: * Jadual dan laluan and untuk Shuttle 1&2 – TERKINI 2009 Diuruskan oleh: Cyberview Sdn. Bhd. Dikendalikan oleh: RapidKL Disokong oleh: Multimedia Development Corporation Majlis Perbandaran Sepang

Laluan-laluan Bas

Bas sokongan Rapid KL adalah khusus untuk member khidmat kepada ahli masyarakat Cyberjaya untuk keperluan setiap hari. * Kekerapan: 20-30 min.

* Masa Beroperasi: 6 pagi – 1 pagi

* Bas sokongan mengikut masa jadual ketibaan dan berlepas ERL.

* Tambang harian = RM1.00

* Hotline No.: 1800-388-228 Bas No. 429: Bertolak dari Terminal Bas Cyberjaya ke Terminal Pengangkutan Selatan Putrajaya.

Teksi & Limousin

Perkhidmatan teksi untuk Cyberjaya terletak di Terminal Pengangkutan Cyberjaya. Ia disediakan oleh: Cyberjaya Taxi Stand 24-hour Hotline No.: 03-8318 0700 Perkhidmatan teksi dari Terminal Pengangkutan Selatan Putrajaya (Stesen ERL Putrajaya) adalah disediakan oleh: Persatuan Pemandu Teksi Putrajaya 24-hour Hotline No.: 012-608 5395

Peta Jaringan Jalan Raya

Negara yang maju patut memiliki kemudahan dan prasarana yang mampu menampung perkembangannya. Antaranya adalah laluan masuk ke Daerah Sepang telah bertambah dan akan dipertingkatkan.