BANTUAN

  • Bantuan Pengguna

    Sila gunakan ikon di atas untuk bantuan mengenai Laman Utama, Menu Utama, Carian, Galeri Foto, Kalendar dan RSS. Bagi pertanyaan am, anda juga boleh merujuk bahagian soalan lazim, untuk mendapatkan jawapan segera.

    Masih memerlukan bantuan?

    Sila hantarkan isu atau pertanyaan anda menggunakan borang maklumbalas yang disediakan atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami. Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja.

    • Menu MPSepang menyediakan informasi berguna tentang Majlis Perbandaran Sepang kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti tentang MPSepang, Pelan dan Perancangan, Pengurusan Majlis, Daerah Sepang, Kemudahan Awam dan Kadar Sewaan, e-perkhidmatan, Muat Turun Borang, Perkhidmatan, Kelab Sukan dan Kebajikan MPSepang, Intranet, Komuniti, Tender, Perundangan, Berita dan Peristiwa, Artikel dan Penerbitan, Galeri dan Arkib
    • Menu Penduduk menyediakan maklumat tentang Perjalanan dan Pengangkutan, e-Perkhidmatan, Maklumat Asas, Komuniti, Kebanggaan Sepang, Kemudahan Awam dan Kadar Sewaan dan Perkhidmatan.
    • Menu Pelawat meyediakan informasi seperti Maklumat Sepang, Sekitar Sepang, Perjalanan dan Pengangkutan, Pelancongan dan Peta & Panduan Perjalanan.
    • Menu Peniagaan & Pelaburan menyediakan maklumat tentang mulakan Perniagaan di Sepang, Info Perniagaan, Pembahagian Zon dan Guna tanah, Maklumat Am, Perkhidmatan, Kemudahan Awam dan Kadar Sewaan, e-Perkhidmatan dan Tender..
  • Carian terletak di penjuru kiri atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki di dalam portal MPSepang.

  • Apa itu RSS?

    RSS (juga dikenali sebagai “Suapan RSS”, “Sindikasi” dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara dalam talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

    Mengapa RSS perlu? 

    Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MPSepang dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman portal MPSepang dengan lebih pantas dan berkesan