JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Cukai Taksiran

1.Cukai Taksiran atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas bangunan/tanah yang terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang seperti

  • Bangunan Kediaman (pangsapuri, rumah pangsa, rumah teres, banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perusahaan (kilang dan gudang)
  • Bangunan Perdagangan / Perniagaan (kedai, pejabat, pasar raya, hotel, stesen minyak dan lain-lain)
  • Tanah Pertanian
  • Tanah Kosong
  1. Cukai taksiran ini dikenakan untuk membiayai:
  • Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat-tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
  • Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan
  • Cukai taksiran ditentukan berdasarkan beberapa peratus daripada Nilai Tahunan pegangan tersebut. Nilai Tahunan ialah anggaran kadar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari harta jika disewakan
  • Contoh : Sewa bulanan RM 300.00 Setahun x 12 NILAI TAHUNAN = RM 3,600.00
HartaKadar untuk BangunanKadar untuk tanah kosong
Kediaman7.35 %4 %
Perusahaan9.45 %4 %
Perdagangan8.40 %4 %
Lapangan Terbang5.25 %4 %

Contoh pengiraan Cukai Taksiran : NILAI TAHUNAN HARTA RM 3,600.00 Kadar Peratus (Kediaman) x 7.35% Cukai Taksiran =  RM 264.60 Setahun.

  1. Bagi Tanah Kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% daripada nilai pasaran tanah tersebut
  • Cukai Taksiran perlu dibayar 2 (dua) kali setahun iaitu:
    • Bagi setengah tahun pertama tempoh bayarannya ialah di antara 1 Januari hingga 28 atau 29 Februari setiap tahun
    • Bagi setengah tahun kedua, tempoh bayarannya ialah di antara 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun
  • Peringatan Penting:
    • Jika bil tidak diterima dan pemilik tinggal di tempat lain, anda boleh datang atau hubungi MPSepang dengan memaklumkan butir-butir harta anda
    • Jika cukai taksiran tidak dijelaskan pada akhir Februari/Ogos, pemunya akan dikenakan caj lewat berdasarkan seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Borang E)
    • Kadar penetapan baru adalah seperti berikut
    • Seksyen 147 (Notis E) – RM 20.00
    • Sebarang pertukaran alamat surat-menyurat atau pindah milik hendaklah dimaklumkan kepada pihak MPSepang
  • Pencarian Maklumat Harta 
    • Boleh dilakukan di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dengan bayaran RM 10.00 bagi setiap harta.
    • Mesti dilengkapi dengan borang permohonan.