JABATAN PENGURUSAN

  • Jabatan yang berperanan membantu imej di samping menjadi saluran utama kepada orang awam dan pihak Majlis selain berfungsi mengaplikasikan sistem maklumat dalam urusan harian bagi membolehkan kualiti kerja dihasilkan secara optimum.
  • Memastikan sistem berkomputer berada dalam keadan baik selaras dengan birokrasi pengurusan pentadbiran. Mewujudkan sistem kerja yang sistematik, cekap dan cepat dalam semua urusan pentadbiran majlis.
  • Memastikan setiap kakitangan berpengetahuan dan mahir dalam menggunakan sistem berkomputer. Bertanggungjawab di dalam mewujudkan sistem berkomputer ke arah pembangunan dan perkhidmatan.
  • Memastikan prosedur penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan komputer dilaksanakan dan dipatuhi.

Cara pembayaran kompaun boleh dibuat secara berikut :

1. Tunai, Kad Kredit, Kad Debit di kaunter utama Majlis Perbandaran Sepang atau Pejabat Cawangan yang berhampiran.

2. Bank Draf atau Kiriman Wang Pos hendaklah dialamatkan kepada Majlis Perbandaran Sepang dengan mencatitkan nombor kompaun di belakangnya atau;

3. Bayaran atas talian melalui Kad Kredit di www.ekl.mpsepang.gov.my

1. Aduan awam boleh dibuat melalui:

Telefon                  : 03-8319 0200 / 03-8319 0300
Talian Bebas Tol : 1-800-88-0200
e-Mel                     : aduan@mpsepang.gov.my
Portal                    : www.mpsepang.gov.my / sistem e-Aduan

2. Pertanyaan umum berkaitan perkhidmatan di MPSepang.

Permohonan pelekat kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU). Borang permohonan boleh didapati menerusi laman web MPSepang.

1) Permohonan Serentak Termasuk Perihal Tanah

  • Perihal Tanah (Pecah Sempadan Dan Ubah Syarat) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan.
  • Perihal Tanah (Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan.
  • Perihal Tanah (Pecah Sempadan Dan Ubah Syarat) + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan.
  • Perihal Tanah (Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan.
  • Perihal Tanah (Pecah Sempadan + Ubah Syarat) + Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan.
  • Perihal Tanah (Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan.

2) Permohonan Kebenaran Merancang

  • Permohonan Kebenaran Merancang Skim Pembangunan.
  • Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan.
  • Permohonan Kebenaran Merancang Perubahan Material Bangunan.
  • Permohonan Kebenaran Merancang Perubahan Material Tanah.
  • Permohonan Kebenaran Merancang Lanjut Tempoh.
  • Permohonan Nama Taman / Sistem Alamat.
  • Permohonan Landskap.

3) Permohonan Pelan Bangunan

  • Permohonan Pelan Bangunan
  • Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)
  • Permohonan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
  • Permohonan Permit Bangunan Sementara
  • Permohonan Binaan Kecil Bangunan (Minor Repair)
  • Permohonan Pelan Bangunan Rumah Sesebuah
  • Permohonan Tambahan / Pindaan Bangunan (Renovation)

4) Permohonan Pelan Kejuruteraan

  • Permohonan Pelan Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan
  • Permohonan Pelan Kerja Tanah
  • Permohonan Pelan Jalan dan Perparitan
  • Permohonan Pelan Lampu Jalan
  • Memastikan Penyelenggaraan Harta Bersama dilaksanakan berdasarkan Undang-undang dan Peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat.
  • Mengadakan inventori ke atas bangunan-bangunan bertingkat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang.
  • Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pembangunan yang melibatkan pemajuan berstrata.
  • Menyelesaikan sebarang pertikaian diantara pemaju dan pembeli berkaitan penubuhan JMB dan akaun penyenggaraan bangunan (BMA).
  • Memantau tindakan pemaju dalam menangani isu pembaikan kecacatan bangunan.
  • Mengurus, menyiasat dan menyediakan laporan berkenaan aduan yang diterima.
  • Menguatkuasakan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Bangunan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hak Milik Strata 1985 (Akta 318).

Merekod dan menyelaraskan semua kutipan Hasil Majlis.

Cara-Cara dan Tempat Bayaran

  1. Bayaran boleh dibuat dengan menyatakan bil asal di Kaunter Majlis Perbandaran Sepang atau di pejabat cawangan. Sekiranya tuan/puan tidak menerima bil tuntutan cukai taksiran , sila hadir ke kaunter bayaran Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan bil gantian sebelum tempoh pembayaran tamat.
  2. Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan wang tunai, cek,wang pos, kiriman wang, bank draf, kad master dan kad visa.
  3. Bayaran menggunakan cek, bank draf, kiriman wang atau wang pos hendaklah dibuat atas nama ” YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG ” dan dipalang ” TIDAK BOLEH NIAGA “. Sila tulis nama. Alamat, no.akaun harta dan no. telefon dibelakang cek/bank draf/wang pos/kiriman wang.
  4. Bayaran boleh dibuat melalui laman web www.mpsepang.gov.my (e-cukai) – Kredit Kad (CIMB, Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, RHB, Bank Islam).
  5. Bayaran juga boleh dibuat melalui perkhidmatan bank dan agensi lain seperti:
    1. Maybank2u.com / Kad Maybank Kawanku
    2. Pejabat Pos – Bayaran Tunai
    3. Pos Online – www.posonline.com
    4. Kaunter bayaran di Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Selangor sahaja (bayaran tunai menyatakan bil asal)
    5. Kaunter bayaran Pejabat Tanah di Selangor sahaja (bayaran tunai menyatakan bil asal)
    6. Kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional
    7. CIMBclicks.com.my
    8. CIMB Buzzing Bazaar (bukan pemilik akaun CIMB) – Hanya pemegang akaun (Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, RHB, Bank Islam)
    9. Kaunter Bergerak MPSepang – Sila rujuk jadual di Laman Web Majlis
    10. Bank Rakyat (kaunter dan online – www.irakyat.com.my)
    11. Bank RHB (online-www.rhb.com.my)
  6. Resit-resit bercetak tanda penerimaan sahaja diakui sah.
  7. Bukti pengeposan bukanlah bukti penerimaan bayaran.

PERINGATAN PENTING

“Cukai Taksiran Tanggungjawab Anda”
  1. Sila ambil perhatian bahawa kamu adalah dengan ini dikehendaki membayar tunggakan kadar (Cukai Taksiran) yang kena bayar bersama dengan (Notis-E) yang kena dibayar dibawah seksyen Kecil (1), Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 di Pejabat Majlis Perbandaran Sepang dalam masa LIMA BELAS (15) hari dari tarikh notis ini diposkan/diserahkan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan itu, amaun tunggakan yang kena dibayar bersama dengan kos proses akan dituntut dibawah kuasa-kuasa yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  2. Berkuatkuasa 1 Mac 2009 Kadar Bayaran:-
    i) Caj Lewat (Notis Borang E) RM 20.00 bagi setiap penggal
    ii) Waran Sitaan (Borang F) RM 100.00
  3. Mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976, tuan/puan boleh didenda sebanyak RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Sahaja) atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali sekiranya tidak memberitahu pihak Majlis dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik dibuat.

    WAKTU BAYARAN IBU PEJABAT & PEJABAT CAWANGAN
    Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi hingga 4.30 petang

  4. Hal-hal berkaitan bil ini tidak akan memprejudiskan sebarang tindakan undang-undang untuk menuntut suatu tunggakan .
  5. Sila hubungi atau hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Sepang sekiranya nama dan alamat tuan/puan tidak dicatat dengan betul.

    No untuk dihubungi: TEL : 03-83190200 / 0300 samb. 224, 461 FAKS : 03-83204300

PEJABAT CAWANGAN:

1KAUNTER PANDU LALU (BBST),
BANGUNAN TERMINAL BAS & TEKSI,
JALAN PROTOKOL,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
43900 SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-87060367
FAKS: 03-87060369
252A KEDAI MDS,
JALAN PASAR,
43950 SUNGAI PELEK,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-31422770
FAKS : 03-31422773

3GM 24-A, JALAN PP 5D/1,
TAMAN PUTRA PERDANA,
47100 PUCHONG ,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-83182620
FAKS : 03-83189631

1) Jadual Kutipan Sampah Domestik dan Sampah Pukal / Kebun di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang

SAMPAH DOMESTIK

JENIS PREMIS

KEKERAPAN

HARI

KAWASAN PERUMAHAN

3 KALI SEMINGGU

ISNIN, RABU DAN JUMAAT

SELASA, KHAMIS DAN SABTU

PANGSAPURI / APARTMENT / FLAT

6 KALI SEMINGGU

KECUALI AHAD

KOMERSIAL (KEDAI)

SAMPAH PUKAL / KEBUN

KEKERAPAN

HARI

2 KALI SEBULAN

SETIAP HARI SABTU MINGGU KE 2 DAN KE 4

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan:

UNIT PERKHIDMATAN BANDAR, MPSEPANG
TINGKAT 2, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG,
PERSIARAN SEMARAK API,
63200 CYBERJAYA
SELANGOR.
03-83190235 / 03-83190298