PERUTUSAN YDP

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya memberikan sepatah dua kata. Terlebih dahulu saya amat mengalu-alukan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung kerana sudi melayari laman sesawang MPSepang.

Adalah menjadi hasrat MPSepang menjadikan laman sesawang ini bertindak sebagai pautan antara pihak Majlis dan masyarakat di daerah Sepang. Di sinilah peluang untuk menyebarkan maklumat tentang rancangan MPSepang, isu-isu pentadbiran, dan mengemas kini dan berkongsi maklumat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan Pihak Berkuasa Tempatan di daerah Sepang sekaligus dapat memberi manfaat kepada kita semua dan memenuhi kehendak semasa.

Akhir kalam, harapan MPSepang ialah semoga semua perancangan yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya agar MPSepang lebih berdaya saing dan unggul dalam menyampaikan perkhidmatan serta berupaya mewujudkan Perbandaran Bersih, Hijau, Pintar dan Mampan Menjelang 2030.

Semoga Allah S.W.T merahmati usaha ini dan ditetapkan hati kita semua untuk terus bersatu melaksanakan amanah kepada rakyat.

YBrs Dr. Ani binti Ahmad DSM
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang

DATASET

E-PENYERTAAN

e-Penyertaan adalah perkhidmatan yang disediakan untuk mendapatkan
maklum balas daripada responden Majlis Perbandaran Sepang.


Acara

[add_eventon lang="L2" add_eventon_list]

BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

QR Code Kepuasan Pelanggan
Scan QR Code atau layari http://customersurvey.mpsepang.gov.my

MEDIA 1