E-PERKHIDMATAN

Sistem Pengurusan Aduan Awam MPSepang Dalam Talian (SISPAA) ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu anda berhubung dan mendapatkan informasi terkini terus daripada MPSepang berkaitan masalah yang dihadapi. Aduan anda akan disampaikan dan dipantau oleh bahagian yang dipertanggungjawabkan.

Untuk membuat sebarang aduan, sila klik imej di bawah.

e-aduan

e-Bayar menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil secara elektronik. e-Bayar kini memberi kemudahan bayaran secara di dalam talian, pembayaran secara Kad Kredit juga boleh dilaksanakan.

Sila klik di [sini] untuk maklumat lanjut.

e-Cukai menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil secara elektronik. e-Cukai kini memberi kemudahan bayaran secara di dalam talian, pembayaran secara Kad Kredit juga boleh dilaksanakan. Bank-bank yang terlibat adalah CIMB Clicks (Akaun BCB sahaja), Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank, dan Bank Islam.

Untuk melihat Manual Pengguna, sila klik di sini
Sila klik pada imej untuk teruskan

e-cukai

Tujuan perkhidmatan e-Lesen ini adalah untuk anda gunakan jika anda hendak membuat permohonan baru atau memperbaharui lesen Majlis Perbandaran Sepang.

Manual Pengguna e-Lesen sedang dikemaskini.

Jika anda hendak membuat permohonan baru atau memperbaharui lesen Majlis Perbandaran Sepang sila klik sini untuk teruskan.

e-Kompaun menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran bil secara elektronik. e-Kompaun kini memberi kemudahan bayaran secara di dalam talian dengan pembayaran secara Kad Kredit.

Untuk melihat Manual Pengguna, sila klik di sini
Sila klik pada imej untuk teruskan

e-kompaun

Sistem e-Penyerahan MPSepang ini membenarkan semua Orang Awam, Pemilik Projek, Pemaju Projek, PSP, dan SP mendaftar. Setelah mendaftar, mereka boleh membuat Permohonan Cadangan Pembangunan secara di dalam talian.

Untuk melihat Manual Pengguna, sila klik di sini
Sila klik pada imej untuk teruskan

e-Penyerahan

Sistem e-Pemprosesan MPSepang ini melibatkan Jabatan Teknikal Dalaman iaitu Unit Pengurusan Pusat Setempat (OSC), Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Landskap, Jabatan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan.

Jabatan Teknikal Luaran pula melibatkan Jabatan Perancangan Bandar Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Selangor, Indah Water Konsotium Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Tanah Daerah Sepang dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Untuk melihat Manual Pengguna (Dalaman), sila klik di sini
Untuk melihat Manual Pengguna (Luaran), sila klik di sini
Sila klik pada imej untuk teruskan

e-Pemprosesan

Sistem OSC 3.0 Plus Online telah dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempat (KPKT) melalui penambahbaikan Sistem OSC 3.0. Pembangunan sistem secara ‘web base’ ini adalah berpandukan tatacara dan proses yang terdapat di dalam Manual OSC 3.0 Plus. Sistem OSC 3.0 Plus Online bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, membuat bayaran secara atas talian (online), membolehkan Agensi Teknikal mengulas permohonan secara maya dan seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini. Semua permohonan pelan cadangan pemajuan hendaklah dikemukakan melalui sistem OSC 3.0 Plus Online ini bagi proses pertimbangan untuk kelulusan pelan cadangan pemajuan.

Untuk melihat Manual Pengguna , sila klik di sini

Untuk melihat Manual OSC, sila klik di sini

Untuk melihat Manual Koordinator, sila klik di sini

Untuk melihat Manual Teknikal (Dalaman), sila klik di sini

Untuk melihat Manual Teknikal (Luaran), sila klik di sini

Sila klik pada imej untuk teruskan

Tujuan perkhidmatan maklum balas / komen ini adalah untuk anda gunakan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Portal MPSepang sahaja. Sebarang aduan atau pertanyaan yang tidak berkaitan, sila gunakan e-Aduan.

Untuk melihat Manual Pengguna, sila klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang maklum balas / komen mengenai Portal MPSepang sila klik pada imej untuk teruskan.

Maklum Balas Komen Portal MPSepang