PERUTUSAN YDP
Assalamualaikum wbt dan Salam Muhibbah,
Dengan rasa berbesar hati saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung portal rasmi Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).
Tujuan portal ini diwujudkan adalah untuk membolehkan pengunjung memperolehi maklumat terkini berkenaan pembangunan setempat di samping menyediakan info terkini dalam pelbagai bentuk seperti berita dan laporan.
Ini juga merupakan medium untuk menerangkan kepada umum mengenai peranan yang dimainkan oleh MPSepang dalam proses pembangunan yang komprehensif di Daerah Sepang selari dengan slogan MPSepang “Bersih, Hijau dan Sejahtera”.
Melalui portal ini juga, para pengunjung dapat mengetahui dengan lebih jelas maklumat mengenai objektif, aktiviti serta program yang dilaksana dan dianjurkan oleh MPSepang dalam pelbagai acara seperti sukan, sosial, budaya, rekreasi dan lain-lain yang boleh dilayari dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris. Di samping itu pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat asas di antaranya adalah senarai Ahli-Ahli Majlis MPSepang, Zon-zon kawasan Ahli Majlis, serta maklumat korporat dan jabatan di MPSepang. Di samping itu juga, maklumat-maklumat terkini disediakan kepada pelancong, penduduk setempat dan sektor swasta seperti senarai kedai makanan, tempat-tempat menarik, info peta serta panduan memulakan perniagaan di Sepang.
Selain itu, portal ini juga menyediakan perkhidmatan dalam talian atau e-perkhidmatan untuk kemudahan pengguna atau pengunjung yang menglibatkan perkhidmatan merentasi agensi kerajaan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membolehkan perlaksanaannya dengan lebih berkesan, cepat serta dapat mengurangkan karenah birokrasi.
Antara e-perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung, khasnya penduduk Sepang adalah perkhidmatan dalam talian bagi aduan, bayaran cukai taksiran, bayaran kompaun, permohonan dalam talian dan sebagainya yang memerlukan pengguna mendaftarkan ID pengguna terlebih dahulu.
Saya sekali lagi mengalu-alukan semua pengunjung untuk melayari Portal MPSepang dan adalah diharapkan maklumat yang diingini dapat diperolehi dan portal ini didapati berguna. Pihak MPSepang juga bersedia menerima sebarang idea atau cadangan untuk memperbaiki kualiti portal ini.
Terima kasih atas sokongan anda.
Selamat melayari Portal MPSepang,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Sepang