PASUKAN TINDAKAN SEGERA (PANTAS)

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke-30 / 2013 pada 9 Oktober 2013, Pihak Berkuasa Tempatan perlu mewujudkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS). Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Sepang telah menubuhkan PANTAS yang diletakkan pada awalnya di bawah Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam pada 2014 dan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Penguatkuasaan pada tahun 2016. Jumlah anggota PANTAS sehingga tahun 2020 adalah seramai 23 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan di MPSepang.

PANTAS MPSepang juga telah ke beberapa buah negeri bagi memberikan bantuan akibat bencana alam. Berikut adalah senarai misi bantuan yang telah dilakukan oleh PANTAS MPSepang :

2015 – Misi bantuan banjir di Kelantan

2017 – Operasi pemulihan di Pulau Pinang

2019 – Misi bantuan bencana di Kuala Selangor

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang akan mengetuai sebarang tindakan bagi tujuan penyelarasan tindakan dalam memberikan bantuan kepada mangsa akibat bencana alam. PANTAS MPSepang turut membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang dalam beberapa perkara iaitu: –

  1. Banjir – Banjir kilat
  2. Lemas
  3. Tanah runtuh – Mendapan tanah
  4. Runtuhan – Bangunan / Kawasan pemajuan
  5. Ribut – Pokok tumbang
  6. Kebakaran – Perumahan, Industri, Pertanian dan Kebakaran terbuka
  7. Semua bencana alam yang berlaku di daerah Sepang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang boleh dihubungi melalui talian 03-8706 1211/1212 (waktu bekerja) dan 012-350 2281 (Encik Rizal) manakala PANTAS MPSepang juga boleh dihubungi melalui talian 019-203 1945.