Notis Pemberitahuan Penutupan Sementara Kaunter Bayaran

NOTIS PEMBERITAHUAN

Penutupan Sementara Kaunter Bayaran di ibu pejabat Majlis Perbandaran Sepang pada 5 April 2021 (Isnin) bagi kerja-kerja sanitasi disambung sehingga 7 April 2021 (Rabu). Kaunter pembayaran akan dibuka semula pada 8 April 2021 (Khamis).

Sebagai alternatif, pembayaran juga boleh dilakukan di kiosk-kiosk yang disediakan di ibu pejabat Majlis Perbandaran Sepang dan para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian (e-perkhidmatan) dengan melayari portal MPSepang di https://www.mpsepang.gov.my

Sekian, terima kasih.