PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KATEGORI RUMAH KAMPUNG SECARA BERSASAR BAGI TAHUN 2026

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KATEGORI RUMAH KAMPUNG SECARA BERSASAR BAGI TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersetuju meneruskan Pengecualian Cukai Taksiran Kategori Rumah Kampung Secara Bersasar bagi Tahun 2026, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Permohonan ini terbuka kepada pemilik rumah kampung yang layak, warganegara Malaysia, menetap di Negeri Selangor serta memenuhi kriteria pendapatan dan keluasan kediaman yang ditetapkan.
Setiap pemohon hanya layak membuat permohonan bagi satu akaun atau satu rumah sahaja.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2026 dengan mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap seperti salinan kad pengenalan, bil cukai taksiran, bil utiliti terkini serta lakaran pelan dan keluasan bangunan kediaman.
Borang permohonan boleh diperoleh dengan mengimbas Kod QR yang disediakan dan permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Sepang.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-8319 0333 / 338 / 394.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perbandaran Sepang
penanguhan cukai