IKLAN KHAS KEKOSONGAN SEWAAN DAN PENGURUSAN BAGI TASKA IBU PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

 

Tarikh Iklan     : 10 November 2022 (Khamis)

Tarikh Tutup    : 25 November 2022 (Jumaat) BORANG PERMOHONAN:

Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di https://tinyurl.com/borangtaska

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN :

 

  1. Permohonan hendaklah di buat melalui Syarikat Sendirian, Perkongsian atau bertaraf Bhd / Berhad.
  2. Alamat Syarikat mestilah berdaftar di Negeri Selangor dan keutamaan kepada Syarikat yang beralamat di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang serta keutamaan Syarikat (jika ada) yang mempunyai kriteria seperti berikut:
    • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera dan Syarikat mempunyai kod bidang, sub bidang dan pecahan bidang 221101 – Kakitangan Iktisas (professional) tidak termasuk khidmat perundingan & 221506 – Bangunan / Pejabat / Stor / Ruang Niaga / Rumah

SYARAT – SYARAT UTAMA PENYEWAAN :

 

  1. Syarikat hendaklah menjalankan perniagaan sendiri (tidak dibenarkan menyerahkan, menyewa atau menjual perniagaan kepada orang lain serta hanya ruang perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh digunakan untuk perniagaan).
  2. Membayar sewaan premis tanpa gagal setiap bulan.
  3. Tiada pindaan / tambahan kepada premis.
  4. Mendapatkan lesen perniagaan yang sah daripada Majlis Perbandaran Sepang dan hendaklah mempamerkannya sepanjang penyewaan.
  5. Mematuhi perjanjian sewaan yang lain yang diperincikan di dalam perjanjian sewaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Kesemua dokumen di bawah perlu disahkan oleh mana – mana Ahli Majlis Perbandaran Sepang Senarai Ahli Majlis seperti di lampiran 1.
    • Salinan Kad Pengenalan semua ahli pengurusan atau pemegang saham syarikat.
    • Salinan Pendaftaran Syarikat berserta maklumat syarikat dan pemilik.
    • Salinan sijil akuan pendaftaran syarikat daripada Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumitputera yang mempunyai kod bidang 221101 – Kakitangan Iktisas (professional) tidak termasuk khidmat perundingan & 221506 – Bangunan / Pejabat / Stor / Ruang Niaga / Rumah Kediaman. (jika ada) dan masih dalam tempoh sah laku.
    • Profail syarikat yang mengandungi maklumat Lembaga pengarah, laporan audit syarikat (jika ada) serta pengalaman syarikat untuk tempoh 2 tahun dalam bidang berkaitan.
    • Salinan bil utiliti Syarikat yang terkini (Air atau Elektrik)
  2. Dokumen di bawah ini perlu di sahkan oleh Institusi Kewangan yang mengeluarkan dokumen tersebut.
    • Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terakhir (Ogos, September & Oktober 2022).
  3. Menghantar Borang 1 – lampiran A hingga D.

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

  1. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengarah,

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Aras 3, Majlis Perbandaran Sepang,

Persiaran Semarak Api, 63200 CYBERJAYA

Selangor Darul Ehsan

(U.p : Encik Mohd Fahmy Bin Tumut)

 

  1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta : 03-83190300 Ext : 331.