Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan bagi kemudahan ePerkhidmatan MPSepang.

Unit Teknologi Maklumat sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala bagi kemudahan ePerkhidmatan MPSepang (https://ekl.mpsepang.gov.my) merangkumi kemudahan pembayaran dalam talian (online). Sehubungan dengan itu, perkhidmatan dan pembayaran dalam talian (online) melalui laman ePekhidmatan MPSepang ini tidak dapat dicapai sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Saluran alternatif bagi pembayaran cukai taksiran dan kompaun MPSepang secara dalam talian (online) boleh dibuat melalui kemudahan Pembayaran PBTpay (https://pbtpay.kpkt.gov.my/welcome) dan aplikasi CEPat (https://www.smartselangor.com.my/services/cepat/) yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store. Selain itu untuk perkhidmatan lain-lain boleh hadir ke kaunter kutipan Ibu Pejabat MPSepang di Cyberjaya, kaunter kutipan Pejabat Cawangan MPSepang dan KIOSK Pembayaran Layan Diri MPSepang.

Sebarang permasalahan dan kesulitan amat kami kesali dan didahului dengan terima kasih. Harap maklum.