Model Baru OSC 3.0

Penambahbaikan  berterusan  kepada  sistem   penyampaian perkhidmatan kerajaan dan aspek kawalan pemajuan memerlukan semakan semula secara menyeluruh dilaksanakan ke atas proses dan prosedur sediada agensi teknikal, tidak terhad kepada PBT sahaja, tetapi ke atas semua agensi teknikal dalaman dan luaran yang menganggotai Jawatankuasa OSC. Keberkesanan serta kecekapan pegawai-pegawai memproses permohonan permit, kelulusan atau sokongan diukur melalui bilangan interaksi (prosedur) yang dikenakan kepada pelabur, tempoh masa yang diambil memproses kesemua prosedur serta kos yang dikenakan kepada pelabur sebelum permit, kelulusan atau sokongan dikeluarkan. Bilangan prosedur, masa yang diambil memproses permohonan serta kos yang dikenakan bagi melengkapkan permohonan dijadikan   kayu   pengukur   tahap   regulatori   domestik    yang dikenakan serta kesannya kepada para pelabur.  Pengukuran ini merangkumi keseluruhan peringkat pembinaan ciari peringkat sebelum pembinaan  sehingga keperingkat selepas pembinaan iaitu setelah utiliti disambungkan dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CertificateofCompletionAnd Compliance-CCC)  dikeluarkan.

Model Baru OSC memberi fokus kepada 6 proses  utama pembinaan iaitu prarundingan, pertimbangan kepada pelan-pelan cadangan pemajuan, notifikasi permuiaan kerja binaan ditapak, pemeriksaan interim, pemeriksaan akhir dan pendepositan CCC.  Keperluan undang-undang dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan,sementara prosedur yang tidak perlu digugurkan manakala bagi prosedur yang perlu diadakan, diperkasa dan diperkemaskan.

Manual Agensi osc_3.0

Manual Permohonan osc_3.0