Sambutan Sempena Tahun Baru Cina
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 pada 1/2/2020 (Sabtu) jam 6.30 petang di Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Semua dijemput hadir bersama meraikan.