Hebahan Inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0: SKim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40)

Menyedari kesulitan yang dihadapi kebanyakan rakyat termasuk golongan M40 dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menawarkan Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 yang dikenali sebagai SISM40. SISM40 merupakan pakej insentif internet dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).

Melalui SISM40 ini, setiap isi rumah berpeluang menikmati subsidi yuran langganan pakej internet di antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun apabila melanggan satu daripada lapan (8) pakej yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas . Pakej ini adalah khas untuk rakyat Selangor yang layak sahaja dan inisiatif ini telah pun dilaksanakan bermula sejak 1 Julai 2021.

Maklumat tentang skim ini boleh dilayari di laman sesawang https://sism40.com.my/ . Dilampirkan juga adalah informasi tentang SISM40 dan juga soalan-soalan lazim untuk rujukan :-