IKLAN JAWATAN KOSONG JULAI 2026

Iklan Jawatan Kosong Di MPSepang.
MPSepang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdedikasi dan berintegriti untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak berikut :
📌 Arkitek Landskap, Gred J9 (1 kekosongan)
📌 Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi), Gred N1 (1 kekosongan)
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal iPerjawatan MPSepang.
🗓 Tarikh tutup permohonan: 30 Julai 2026.
Layari: https://iperjawatan.mpsepang.gov.my atau klik di sini untuk keterangan lanjut.

Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS 2026)

Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS 2026)
Inovasi adalah pemacu utama pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Sehubungan itu, penyertaan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2026 (AINS 2026) kini dibuka.
Bertemakan “Kesejahteraan Negeri Selangor”, Anugerah ini mengiktiraf inovasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan nilai tambah selaras aspirasi pembangunan Negeri Selangor.
Jumlah Hadiah Wang Tunai Keseluruhan:
RM65,200.00
️Tarikh Tutup Penyertaan:
15 JULAI 2026
Penyertaan adalah PERCUMA
Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Negeri Selangor
Maklumat lanjut dan pendaftaran:
Imbas kod QR pada poster untuk akses atau pautan berikut:
Sertai kami bagi menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor yang lebih maju dan sejahtera.
inovasi

SEMINAR INOVASI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 2026

SEMINAR INOVASI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 2026
Jom sertai Seminar Inovasi Majlis Perbandaran Sepang yang akan berlangsung pada 18 Jun 2026 (Khamis), bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Semarak Hall@Cyberjaya.
Seminar ini menampilkan perkongsian ilmu dan pengalaman oleh penceramah berpengalaman dalam bidang inovasi serta sesi pembentangan produk inovasi MPSepang yang berpotensi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Imbas kod QR pada poster untuk melihat profil penceramah dan maklumat lanjut program.
Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Semarak Hall@Cyberjaya
inovasi

JAWATAN KOSONG JUN 2026

JAWATAN KOSONG DI MPSepang
Majlis Perbandaran Sepang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, berdedikasi dan berintegriti untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak berikut:
📌 Pembantu Kemahiran, Gred H1 (5 kekosongan)
📌 Penerbit Rancangan, Gred B1 (1 kekosongan)
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal iPerjawatan MPSepang.
🗓 Tarikh tutup permohonan: 17 Jun 2026
Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Selangor.
jawatan kosong

HEBAHAN IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MPSEPANG BIL 3/2026

PEMAKLUMAN IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BIL. 3/2026
Orang awam yang berminat untuk memohon sewaan premis MPSepang boleh melakukannya secara dalam talian melalui laman sesawang:
🗓 Tarikh Buka: 11 Mei 2026 (Isnin), Jam 3.00 petang
🗓 Tarikh Tutup: 15 Jun 2026 (Isnin), Jam 4.00 petang
📞 Sebarang pertanyaan:
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta:
Encik Inabanathan: 03-8319 0200 ext. 398
Cik Nurlien Hafizah: 03-8319 0200 ext. 331

premis

IDEA BAJET 2026

POSTER IDEA BAJET

SEPANG MUNICIPAL COUNCIL PREMISES VACANCY ADVERTISEMENT NO.2/2026

NOTICE| SEPANG MUNICIPAL COUNCIL PREMISES VACANCY ADVERTISEMENT NO.2/2026
Applications for Sepang Municipal Council (MPSepang) premises rental are now open !
Interested members of the public can apply via the official website:
📅 Advertisement Date: 2 March 2026 (Monday)
📅 Closing Date and Time: 13 April 2026 (Monday) at 4.00 p.m
For any further enquiries, please contact:
📞 Property Valuation and Management Department at 03-8319 0200 / 0300
The list of vacant premises locations also covers the North Zone, Central Zone and South Zone areas as in the announcement below.
📍 Dont’!

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BIL.2/2026

PEMAKLUMAN | IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BIL. 2/2026
Permohonan sewaan premis Majlis Perbandaran Sepang (MPsepang) kini dibuka!
Orang awam yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang rasmi:
📅 Tarikh Iklan: 2 Mac 2026 (Isnin)
📅 Tarikh Tutup dan Masa: 13 April 2026 (Isnin) jam 4.00 petang
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 03-8319 0200 / 0300
Senarai lokasi premis kosong turut meliputi kawasan Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan seperti dalam hebahan di bawah.
📍 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi penyewa premis MPsepang!

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KATEGORI RUMAH KAMPUNG SECARA BERSASAR BAGI TAHUN 2026

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KATEGORI RUMAH KAMPUNG SECARA BERSASAR BAGI TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersetuju meneruskan Pengecualian Cukai Taksiran Kategori Rumah Kampung Secara Bersasar bagi Tahun 2026, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Permohonan ini terbuka kepada pemilik rumah kampung yang layak, warganegara Malaysia, menetap di Negeri Selangor serta memenuhi kriteria pendapatan dan keluasan kediaman yang ditetapkan.
Setiap pemohon hanya layak membuat permohonan bagi satu akaun atau satu rumah sahaja.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2026 dengan mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap seperti salinan kad pengenalan, bil cukai taksiran, bil utiliti terkini serta lakaran pelan dan keluasan bangunan kediaman.
Borang permohonan boleh diperoleh dengan mengimbas Kod QR yang disediakan dan permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Sepang.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-8319 0333 / 338 / 394.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perbandaran Sepang
penanguhan cukai

IKLAN JAWATAN KOSONG DISEMBER 2025

Klik sini untuk lihat iklan jawatan kosong bagi Disemeber 2025

E-PERKHIDMATAN

UNDIAN

[poller_master poll_id="1" extra_class=""]