KONTRAKTOR & PEMAIN INDUSTRI, INI UNTUK ANDA!

KONTRAKTOR & PEMAIN INDUSTRI, INI UNTUK ANDA!
Koperasi Majlis Perbandaran Sepang membawakan SEMINAR MELESTARIKAN PEROLEHAN MPSEPANG 2026 — sebuah platform yang menghubungkan kontraktor dengan perkembangan terkini dalam pendigitalan tender, pengurusan kontrak, peluang pembiayaan serta amalan arborikultur terbaik.
Kalau anda terlibat dalam bidang kontraktor, landskap, pembekalan atau perolehan, seminar ini memberi peluang untuk anda memahami dengan lebih dekat hala tuju pengurusan tender dan kontrak MPSepang.
📅 1 Oktober 2026 | Khamis
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Cyber Event Hall, Cyberjaya
Apa yang menanti anda?
✅ Perkembangan transformasi digital tender & kontrak MPSepang
✅ Panduan penggunaan dan pengurusan tender melalui iPMS
✅ Pendedahan kepada peluang pembiayaan kontraktor
✅ Perkongsian amalan terbaik arborikultur & landskap
✅ 10 CCD Point CIDB
✅ Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap
🔥 EARLY BIRD RM359/PAX
Harga normal RM399/pax.
⏳ Early Bird sehingga 15 September 2026 sahaja!
📲 Untuk pertanyaan & pendaftaran:
Huda: 019-216 2675
Azie: 03-8319 0200 ext. 712

👉 Jangan tunggu sehingga tempat penuh. Daftar sekarang!

PELAWAAN MEMBEKAL CADANGAN (REQUEST FOR PROPOSAL)

PELAWAAN MEMBEKAL CADANGAN (REQUEST FOR PROPOSAL)
Koperasi Majlis Perbandaran Sepang Berhad mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk mengemukakan cadangan bagi:
Pelantikan rakan strategik bagi menaik taraf, mengoperasikan dan menyelenggara Tempat Letak Kenderaan Awam serta Dewan Komuniti Warisan Putra, Kota Warisan, Sepang, Selangor.
Maklumat penting:
📆 Tarikh taklimat & lawatan tapak: 9 September 2026 (Rabu)
📅 Tarikh tutup pembelian dokumen: 15 September 2026 (Selasa)
📆 Tarikh tutup penghantaran dokumen: 30 September 2026 (Rabu)
📍 Tempat serahan: Pejabat Pengurusan Koperasi Majlis Perbandaran Sepang Berhad, Aras 2, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya.
Syarikat yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mendapatkan dokumen pelawaan serta mengemukakan cadangan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, yuran dokumen dan kaedah penyerahan, sila rujuk notis pelawaan yang disertakan.

 

 

rfp

HEBAHAN DASAR PERKONGSIAN DATA SELANGOR (DPDS) MELALUI SelGDX

Seiring dengan pelaksanaan perkongsian data merentas agensi Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Government Data Exchange (SelGDX), semua warga kerja adalah digalakkan untuk memahami dan menghayati Dasar Perkongsian Data Selangor (DPDS) sebagai asas kepada perkongsian data yang selamat, cepat dan tepat.

DPDS menekankan kepentingan keselamatan data, kecekapan operasi, interoperabiliti serta kualiti data bagi menyokong tadbir urus yang lebih mantap, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan membantu menghasilkan keputusan yang lebih tepat berasaskan data.

Sila luangkan sedikit masa untuk merujuk poster yang dilampirkan bagi mendapatkan gambaran ringkas mengenai DPDS, prinsip serta manfaat perkongsian data dalam menyokong transformasi digital Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan SelGDX di infoselgdx@selangor.gov.my atau layari https://selgdx.selangor.gov.my/

PENGGUNAAN SISTEM PENGGILIRAN KERJA BERSEPADU

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sepang telah membangunkan Sistem Penggiliran Kerja Bersepadu (Integrated Works Rotation System) (INSYSQ) untuk kontraktor atau pembekal yang akan diguna pakai di peringkat majlis bagi urusan lantikan terus untuk kerja-kerja dan perkhidmatan di bawah seliaan jabatan.

 

Sehubungan itu, bermula 1 Julai 2026 pembekal atau kontraktor yang berminat perlu mendaftar di sistem tersebut bagi permohonan kerja-kerja dan perkhidmatan lantikan terus melalui pautan https://emaklum.mpsepang.gov.my/insysq.

Pemberitahuan Pembaharuan Lesen Perniagaan 2026

Peniaga di Sepang, jangan lupa! 
Tempoh Pembaharuan : 1 Oktober – 31 Disember 2025
Pembaharuan Online: ekl.mpsepang.gov.my
✅ Jimat masa, tidak perlu beratur
⚠️ Peringatan : Kegagalan memperbaharui lesen perniagaan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan.
ℹ️ Sebarang pertanyaan, hubungi:
03-8319 0200 (Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Sepang)
lesen

KHAIRAT DARUL EHSAN

PENGUSAHA PUSAT JAGAAN & TASKA NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai peranan anda dalam menjaga kesejahteraan kanak-kanak dan warga emas di negeri ini.

Kami sedar bahawa pengurusan pusat jagaan bukanlah tugas yang mudah — terutama apabila perlu mematuhi pelbagai garis panduan dan prosedur.

Oleh itu, kami ingin mendengar terus daripada anda.

Isi soal selidik ini dan bantu kami:

Permudahkan proses pendaftaran pusat jagaan & taska
Semak semula garis panduan agar lebih mesra, mudah dan praktikal

Lebih 80 pusat di Selangor telah berkongsi pandangan mereka. Sekarang giliran anda pula!

Isi dan terima kupon masuk PERCUMA ke Selangor International Care Summit 2025 (SICS 2025) yang bakal berlangsung pada 9–11 Oktober 2025!

Klik untuk jawab:
https://tinyurl.com/surveypusatjagaan

Suara anda penting untuk masa depan penjagaan yang lebih baik. Jom isi hari ni!

#SurveyPusatJagaan #CareEconomy #EkonomiPenjagaan #KitaSelangor #MajuBersama

PEMBAHARUAN LESEN BAGI TAHUN 2025

Mohon klik Pembaharuan Lesen 2025 untuk memperbaharui lesen.

SENARAI NILAIAN BAHARU MPSEPANG BAGI CUKAI TAKSIRAN BERKUATKUASA 1 JANUARI 2025

 

Borang bantahan boleh dimuat turun di sini. Borang tersebut boleh dihantar ke Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang atau emel ke penilaian@mpsepang.gov.my tidak lewat daripada 25 Julai 2024.

E-PERKHIDMATAN

UNDIAN

[poller_master poll_id="1" extra_class=""]