Penyediaan Dan Semakan Senarai Nilaian Baru Mengemaskini Maklumat Pemunya/Pemilik Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)

PEMBERITAHUAN PENYEDIAAN DAN SEMAKAN SENARAI NILAIAN BARU MENGEMASKINI MAKLUMAT PEMUNYA / PEMILIK AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)

Majlis Perbandaran Sepang sedang menjalankan kerja-kerja Penyediaan Senarai Nilaian Baru dan mengemaskini maklumat pemilik bagi pegangan berkadar di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang.

Kerja-kerja lawat periksa dan mengemaskini maklumat pemilik bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Januari 2021 oleh kakitangan MPSepang dan Juru perunding yang dilantik oleh Pihak Majlis.

Saluran pengisian Penyata Pemunya :

i ) Muat turun borang Penyata Pemunya di pautan http://tiny.cc/PENYATAPEMUNYAPENILAIAN dan emelkan kepada penyatapemunya@mpsepang.gov.my
ii) Isi atas talian di :http://pp.mpsepang.gov.my
iii ) Imbas QR CODE

Sebarang Pertanyaan Boleh Berhubung :
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Majlis Perbandaran Sepang, Persiaran Semarak Api,
Cyber 1, 63200 Cyberjaya, Selangor
No Tel : 03-8319 0200 / 0300

Senarai Semak OSC 3.0 Plus MPSepang yang terkini

Bermula 1 Julai 2020, Unit OSC telah melaksanakan prosedur OSC 3.0 Plus Online. Oleh yang demikian terdapat beberapa perubahan kepada senarai semak OSC bagi pengemukaan permohonan cadangan pemajuan di Unit OSC.

Berikut adalah Pautan Senarai Semak OSC 3.0 Plus MPSepang yang terkini:

A) SENARAI SEMAK KEBENARAN MERANCANG

B) SENARAI SEMAK KEJURUTERAAN

C) SENARAI SEMAK PELAN BANGUNAN

D) SENARAI SEMAK PELAN LANDSKAP

Pelaksanaan Sistem OSC 3.0 Plus Online di Majlis Perbandaran Sepang

Mulai 1 Julai 2020, semua permohonan cadangan pelan pemajuan melalui Unit Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Sepang hendaklah dikemukan melalui sistem OSC 3.0 Plus Online di pautan https://osc3plus.kpkt.gov.my.

Program Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor

Klik senarai di bawah untuk :

1. Borang Permohonan Pendaftaran

Borang CPBP-A (Premis membekalkan beg plastik dalam setiap transaksi dan membuat apa-apa kutipan caj beg plastik)

2. Borang Serahan

Borang CPBP-B (Serahan setiap 6 bulan sekali)

3. Borang Pengesahan Dan Permohonan Sijil

Borang CPBP-C (Premis tidak membekalkan sebarang beg plastik dan tidak membuat apa-apa kutipan caj beg plastik)

4. Notis Pemberitahuan Kutipan Caj Beg Plastik Di Negeri Selangor

5. Garis Panduan Kutipan Caj Beg Plastik Di Negeri Selangor

Muat Turun Mobile Apps iSEPANG

iSEPANG adalah sebuah aplikasi mobil daripada Majlis Perbandaran Sepang merangkumi info-info terkini mengenai daerah Sepang, kemudahan tempahan dan pembayaran di atas talian, semakan dan pembayaran cukai taksiran dan sewaan di atas talian serta pelbagai info yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Sepang tanpa perlu ke kaunter Perkhidmatan kami. Klik sini untuk lebih lanjut.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

DASAR KESELAMATAN

& KESIHATAN PEKERJAAN

Majlis Perbandaran Sepang

Beriltizam untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada semuanya pekerjanya, dan individu lain di bawah kawasan kawalannya

Yang DiPertua

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

2018 – 2019

Laluan Bas SMART Selangor

Sila klik pautan di bawah untuk paparan perjalanan bas SMART Selangor

Penjelasan lebih lanjut perihal laluan Bas SMART Selangor adalah seperti di bawah :
Laluan Bas SPG 1
Tanjung Sepat – Sungai Pelek – KLIA – KLIA2 – ERL Salak Tinggi
No. Bas : SPG 1
Kekerapan : 45 minit
WiFi: Percuma
Tambang : Percuma

Laluan Pergi :
Klinik Tanjung Sepat-Balai Polis Tanjung Sepat-Medan Selera Tanjung Sepat-Pasar Awam Tanjung Sepat-SMK Tanjung Sepat-SJK(T) Ladang Tumbuk-Tg Rhu-SJK(T) Teluk Merbau-Taman Teluk Merbau-Bukit Bangkong-Taman Sepang Putra-Kuil Bagan Lalang-Taman Sri Merbau 1-Taman Sri Merbau 2-Taman Tenteram-Pekan Sungai Pelek-Petronas Sungai Pelek-SK Sungai Pelek-Kg Jelutong Indah-Kg Tg Mas-Ladang Sepang Sungai Linau-Kilang Batu Bata-Ladang Buah Naga-Kg Sungai Koh-Taman Seri Sepang-Kg Baru Sepang Jaya-Medan Selera Pekan Sepang-Taman Desa Indah-Kg Chincang-LTCP(KLIA Long Term Car Park)-KLIA-KLIA2-Saujana KLIA-Kota Warisan-Warisan Permai-Warisan Megah-SK Kota Warisan-Medan Selera Kota Warisan-ERL Salak tinggi

Laluan Balik :
ERL Salak tinggi-Medan Selera Kota Warisan-SK Kota Warisan-Warisan Permai-KIP Sentral-LTCP(KLIA Long Term Car Park)-KLIA-KLIA2-Kg Chincang-Taman Desa Indah-Pekan Sepang-Taman Murni-Kg Sungai Koh-Kilang Batu Bata-Ladang Sepang Sungai Linau-Kg Tg Mas-Taman Sri Tg Mas-Surau Jelutong Indah-SK Sungai Pelek-Klinik Kesihatan Sg Pelek-Balai Polis Sungai Pelek-Taman Sri Merbau 2-Kuil Bagan Lalang-Taman Sepang Putra-Ladang Teluk Merbau-Taman Teluk Merbau-SJK(T) Teluk Merbau-Tg Rhu-SJK(T) Ladang Tumbuk-SMK Tanjung Sepat-Medan Selera Tanjung Sepat-Balai Polis Tanjung Sepat-Klinik Tanjung Sepat

Laluan Bas SPG 2
Pusat Penjaja Taman Seroja – BBST – ERL Salak Tinggi – KLIA-KLIA2
No. Bas : SPG 2
Kekerapan : 45 minit
WiFi: Percuma
Tambang : Percuma

Laluan Pergi :
Pusat Penjaja Taman Seroja-Stadium Mini MP Sepang-SRA BBST-SAM BBST-Medan 88-SMK Sri Sepang-Kompleks Pentadbiran Sepang-WRP Asia Pasific-IKTBN Sepang-Saujana KLIA-Kota Warisan-Warisan Permai-Warisan Megah-SK Kota Warisan-Medan Selera Kota Warisan-ERL Salak Tinggi-KIP Sentral-LTCP(KLIA Long Term Car Park)-KLIA-KLIA2

Laluan Balik :
KLIA 2-ERL Salak Tinggi-Medan Selera Kota Warisan-SK Kota Warisan-Warisan Permai-KIP Sentral-IKTBN Sepang-WRP Asia Pasific-SMK Sri Sepang-Medan 23-SRA BBST-Stadium Mini MP Sepang-SMK BBST-Taman Dahlia 2-Taman Dahlia 1-Taman Mawar 2-SK Taman Seroja-Pusat Penjaja Taman Seroja

Laluan Bas SPG 3
Pusat Penjaja Taman Seroja – Jenderam Hulu – Pekan Dengkil – Cyberjaya.
No. Bas : SPG 3
Kekerapan : 60 minit
WiFi: Percuma
Tambang : Percuma

Laluan Pergi :
Pusat Penjaja Taman Seroja-Taman Seroja-Taman Mawar-Desa Vista-Kolej Teknologi Timur-MIAT-Kg Jenderam Hulu 3-SK Jenderam Hulu-Taman Jenderam Hulu-Kg Jenderam Hulu 2-Kg Jenderam Hulu 1-Taman Jenderam Permai-SK Jenderam Hilir-Taman Jenderam Murni 1-Taman Jenderam Damai-Taman Jenderam Harmoni-Kg Semarang-Taman Gemilang-Taman Seri Delima-Pekan Dengkil-SJK(C) Dengkil-Kastam DiRaja Malaysia-SK Dengkil-SMK Dengkil-Medan Selera Dengkil-Taman Dengkil Jaya-Uitm Dengkil-Kg Dato’ Ahmad Razali-Cyber Valley Commercial Centre-Wisma Dell-LHDN Cyberjaya-Cyberia Crescent 2-MMU Cyberjaya-The ARC Cyberjaya-Majlis Perbandaran Sepang-Masjid Raja Haji FiSabilillah-Terminal Bas Cyberjaya

Laluan Balik :
Terminal Bas Cyberjaya-Persiaran Ceria-Masjid Raja Haji FiSabilillah-CUCMS-TM Net-Glomac-Prima Avenue 1-Tech Mahindra-Balai Bomba Cyberjaya-Cyber Valley Commercial Centre-Kg Dato’ Ahmad Razali-Taman Dengkil Jaya-Medan Selera Dengkil-SMK Dengkil-SK Dengkil-Kastam DiRaja Malaysia-SJK(C) Dengkil-Taman Seri Delima-Taman Gemilang-Kg Semarang-Taman Jenderam Harmoni-Taman Jenderam Damai-Kg Jenderam Hilir-Taman Jenderam Murni 2-Aviation Management College-SK Jenderam Hilir-Taman Jenderam Permai-Kg Jenderam Hulu 1-Kg Jenderam Hulu 2-Taman Jenderam Hulu-SK Jenderam Hulu-Kg Jenderam Hulu 3-MIAT-Kolej Teknologi Timur-Desa Vista-Taman Mawar-Taman Seroja-Kompleks Mahkamah Sepang-SMK BBST-Taman Dahlia-Taman Dahlia 2-Taman Dahlia 1-Taman Mawar 2-SK Taman Seroja- Pusat Penjaja Taman Seroja

Laluan Bas SPG 4
Pusat Penjaja Taman Seroja – Jenderam Hilir – Sungai Merab – Hospital Serdang
No. Bas : SPG 4
Kekerapan : 60 minit
WiFi: Percuma
Tambang : Percuma

Laluan Pergi :

Pusat Penjaja Taman Seroja-Taman Seroja-Taman Mawar-Desa Vista-Kolej Teknologi Timur-MIAT-Kg Jenderam Hulu 3-SK Jenderam Hulu-Taman Jenderam Hulu-Kg Jenderam Hulu 2-Kg Jenderam Hulu 1-Taman Desa Jenderam Hilir-Kolej Vokasional Sepang-Desa Sri Saujana-Desa Villa Idaman-Casa Mekar-Taman Pesona Mekar-Villa Merab-Kg Sg Merab Luar-Desa Camelia-SK Dato Abu Bakar Baginda-SRA Dato Abu Bakar Baginda-Taman Ayer Hitam Permai-Medan Selera Kg. Dato Abu Bakar Baginda-Masjid UNITEN-Hospital Serdang

Laluan Balik :
Hospital Serdang-Fakulti Sains dan Kesihatan UPM-Masjid UNITEN-Medan Selera Kg. Dato Abu Bakar Baginda-Kg Dato Abu Bakar Baginda-SRA Dato Abu Bakar Baginda-SK Dato Abu Bakar Baginda-Taman Merab Pesona-Kg Sg Merab Luar-Villa Merab-Taman Pesona Mekar-Casa Mekar-Desa Villa Idaman-Desa Sri Saujana-Kolej Vokasional Sepang-Taman Desa Jenderam Hilir-Kg Jenderam Hulu 1-Kg Jenderam Hulu 2-Taman Jenderam Hulu-SK Jenderam Hulu-Kg Jenderam Hulu 3-MIAT-Kolej Teknologi Timur-Desa Vista-Taman Mawar-Taman Seroja-Kompleks Mahkamah Sepang-SMK BBST-Taman Dahlia 2-Taman Dahlia 1-Taman Mawar2-SK Taman Seroja-Pusat Penjaja Taman Seroja

Harap maklum dan Terima Kasih

Kadar sewaan bagi Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima

Pada Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Perbandaran Sepang Bil. 04/2017 telah dipersetujui  kadar sewaan bagi Dewan Orang Ramai Putra Prima bermula Mei 2017. Kadar sewaan dewan tersebut ialah seperti jadual di bawah :

BIL.

PERKARA

JENIS

KADAR SEWAAN

1.Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima, Puchong1.    Upacara perkahwinan / majlis keramaian, dan lain-laian (Dengan kelulusan YDP).1.    RM40.00/Jam

(tanpa penghawa dingin)

 

RM80.00/Jam (Dengan penghawa dingin)

 

     **Deposit RM 500.00

 

2.    Latihan badminton2.    RM10.00/Jam

(2 gelanggang badminton)

Model Baru OSC 3.0

Penambahbaikan  berterusan  kepada  sistem   penyampaian perkhidmatan kerajaan dan aspek kawalan pemajuan memerlukan semakan semula secara menyeluruh dilaksanakan ke atas proses dan prosedur sediada agensi teknikal, tidak terhad kepada PBT sahaja, tetapi ke atas semua agensi teknikal dalaman dan luaran yang menganggotai Jawatankuasa OSC. Keberkesanan serta kecekapan pegawai-pegawai memproses permohonan permit, kelulusan atau sokongan diukur melalui bilangan interaksi (prosedur) yang dikenakan kepada pelabur, tempoh masa yang diambil memproses kesemua prosedur serta kos yang dikenakan kepada pelabur sebelum permit, kelulusan atau sokongan dikeluarkan. Bilangan prosedur, masa yang diambil memproses permohonan serta kos yang dikenakan bagi melengkapkan permohonan dijadikan   kayu   pengukur   tahap   regulatori   domestik    yang dikenakan serta kesannya kepada para pelabur.  Pengukuran ini merangkumi keseluruhan peringkat pembinaan ciari peringkat sebelum pembinaan  sehingga keperingkat selepas pembinaan iaitu setelah utiliti disambungkan dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CertificateofCompletionAnd Compliance-CCC)  dikeluarkan.

Model Baru OSC memberi fokus kepada 6 proses  utama pembinaan iaitu prarundingan, pertimbangan kepada pelan-pelan cadangan pemajuan, notifikasi permuiaan kerja binaan ditapak, pemeriksaan interim, pemeriksaan akhir dan pendepositan CCC.  Keperluan undang-undang dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan,sementara prosedur yang tidak perlu digugurkan manakala bagi prosedur yang perlu diadakan, diperkasa dan diperkemaskan.

Manual Agensi osc_3.0

Manual Permohonan osc_3.0