Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984)

Berikut merupakan pindaan-pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) dari tahun1990 sehingga tahun 2007 :-

MODEL BARU OSC 3.0

Penambahbaikan  berterusan  kepada  sistem   penyampaian perkhidmatan kerajaan dan aspek kawalan pemajuan memerlukan semakan semula secara menyeluruh dilaksanakan ke atas proses dan prosedur sediada agensi teknikal, tidak terhad kepada PBT sahaja, tetapi ke atas semua agensi teknikal dalaman dan luaran yang menganggotai Jawatankuasa OSC. Keberkesanan serta kecekapan pegawai-pegawai memproses permohonan permit, kelulusan atau sokongan diukur melalui bilangan interaksi (prosedur) yang dikenakan kepada pelabur, tempoh masa yang diambil memproses kesemua prosedur serta kos yang dikenakan kepada pelabur sebelum permit, kelulusan atau sokongan dikeluarkan. Bilangan prosedur, masa yang diambil memproses permohonan serta kos yang dikenakan bagi melengkapkan permohonan dijadikan   kayu   pengukur   tahap   regulatori   domestik    yang dikenakan serta kesannya kepada para pelabur.  Pengukuran ini merangkumi keseluruhan peringkat pembinaan ciari peringkat sebelum pembinaan  sehingga keperingkat selepas pembinaan iaitu setelah utiliti disambungkan dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CertificateofCompletionAnd Compliance-CCC)  dikeluarkan.

Model Baru OSC memberi fokus kepada 6 proses  utama pembinaan iaitu prarundingan, pertimbangan kepada pelan-pelan cadangan pemajuan, notifikasi permuiaan kerja binaan ditapak, pemeriksaan interim, pemeriksaan akhir dan pendepositan CCC.  Keperluan undang-undang dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan,sementara prosedur yang tidak perlu digugurkan manakala bagi prosedur yang perlu diadakan, diperkasa dan diperkemaskan.

Manual Agensi osc_3.0

Manual Permohonan osc_3.0

Kaunter Bergerak Kutipan Cukai

Kaunter bergerak yang dijadualkan pada hari ini (20hb Ogos 2014) di Taman Putra Perdana terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Sehubungan itu, Pihak Majlis Perbandaran Sepang memohon maaf dan sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Perubahan Tempoh Kelayakan Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 26/2014 yang telah diadakan pada 9hb Julai 2014, telah menimbang dan meluluskan perubahan tempoh kelayakan pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) iaitu dari 1 tahun kepada 3 tahun dari tarikh kelahiran.

Perubahan tempoh kelayakan pendaftaran itu telah berkuatkuasa serta merta dan mana-mana kelahiran yang belum mencapai 3 tahun pada tarikh pendaftaran akan diterima tertakluk kepada terma dan syarat-syarat kelayakan yang sedia ada.

Pihak pengurusan YAWAS juga mengambil ketetapan untuk menerima pendaftaran bagi mereka yang lahir pada 9hb Julai 2011 dan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut atau rujukan mengenai tempoh kelayakan baru ini bolehlah berbuat demikian ke talian 03-55218740 / 55218741. Faks : 03-55218743. Laman web : http://www.tawas.org.my

Penyelenggaraan Dan “Backup” Laman Web Rasmi MPSepang Berkala

Unit Pengurusan Maklumat MPSepang melakukan penyelenggaraan dan “backup” berkala ke atas Laman Web Rasmi MPSepang mengikut ketetapan berikut:

Tarikh                 : Setiap Sabtu (Mingguan)
Masa                  : 1:00 Pagi – 1:30 Pagi
Anggaran Masa  : 30 Minit

Sehubungan dengan itu, Laman Web Rasmi MPSepang dan e-Perkhidmatan Majlis akan ‘down’ sebentar semasa sesi penyelenggaraan dan ‘backup’ ini dilakukan. Dengan itu, semua e-Perkhidmatan Majlis akan tergendala buat sementara waktu dan e-Perkhidmatan ini akan mula boleh digunakan semula selepas itu. Maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.

Sekian, terima kasih.