Perubahan Tempoh Kelayakan Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 26/2014 yang telah diadakan pada 9hb Julai 2014, telah menimbang dan meluluskan perubahan tempoh kelayakan pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) iaitu dari 1 tahun kepada 3 tahun dari tarikh kelahiran.

Perubahan tempoh kelayakan pendaftaran itu telah berkuatkuasa serta merta dan mana-mana kelahiran yang belum mencapai 3 tahun pada tarikh pendaftaran akan diterima tertakluk kepada terma dan syarat-syarat kelayakan yang sedia ada.

Pihak pengurusan YAWAS juga mengambil ketetapan untuk menerima pendaftaran bagi mereka yang lahir pada 9hb Julai 2011 dan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut atau rujukan mengenai tempoh kelayakan baru ini bolehlah berbuat demikian ke talian 03-55218740 / 55218741. Faks : 03-55218743. Laman web : http://www.tawas.org.my