HEBAHAN : PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TENGAH

Kerajaan Persekutuan dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Tengah yang menggabungkan Wilayah Persekutuan dan Negeri Perak pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 23-25 Februari 2024 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan, Kuala Selangor

Program ini menjadi platform yang terbaik untuk menyebar luas kefahaman rakyat berkenaan konsep Malaysia MADANI dan merupakan peluang terbaik Kerajaan untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa nasional kepada rakyat di peringkat akar umbi. la juga dapat menyokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif utama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dengan pelbagai acara menarik antaranya pameran raruai agensi kerajaan, kaunter perkhidmatan bergerak, aktiviti sukaneka rakyat, acara pentas dan sebagainya.