HEBAHAN : SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2024

Jom sertai Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 yang bertemakan ‘Perayaan Muafakat’ dan saksikan pelbagai persembahan kebudayaan, bengkel dan aktiviti yang bertemakan 4 unsur asas dalam kehidupan seharian kita seperti:-

– Pakaian (Membuat Poskad Kain Rahmat DIY daripada kain perca)
 Makanan (Jawab Teka-Teki dan Menangi Beras Lestari)
 Kediaman (Mewarna Lukisan Jubin Naga),
 Pengangkutan (Tanglung Chap Goh Mei buatan Tangan).

Majlis akan berlangsung pada butiran seperti berikut:-

Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00pagi — 6.00petang
Tempat : Foyer Symphony 3 (Persembahan) & LG East Coast (Bengkel dan Aktiviti), IOI City Mall, Putrajaya.
Maps/waze: https://maps.app.goo.gl/V5kNuYgo42vqEH9J8

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik.