IKLAN KHAS KEKOSONGAN SEWAAN DAN PENGURUSAN BAGI KAFETARIA PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG DI CYBERJAYA

Tarikh Iklan     : 2 November 2023 (Khamis)

Tarikh Tutup    : 16 November 2023 (Khamis)

BORANG PERMOHONAN:

Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di sini : Iklan & Borang

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah di buat melalui Syarikat Sendirian, Perkongsian atau bertaraf Sdn. Bhd / Berhad.
  2. Alamat Syarikat mestilah berdaftar di Negeri Selangor dan keutamaan kepada Syarikat yang beralamat di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang serta keutamaan Syarikat (jika ada) yang mempunyai kriteria seperti berikut:
  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang, sub bidang dan pecahan bidang 040103 (makanan bermasak Islam).

SYARAT – SYARAT UTAMA PENYEWAAN :

  1. Syarikat hendaklah menjalankan perniagaan sendiri (tidak dibenarkan menyerahkan, menyewa atau menjual perniagaan kepada orang lain serta hanya ruang perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh digunakan untuk perniagaan).
  2. Membayar sewaan premis tanpa gagal setiap bulan.
  3. Tiada pindaan / tambahan kepada premis.
  4. Mendapatkan lesen perniagaan yang sah daripada Majlis Perbandaran Sepang dan hendaklah mempamerkannya sepanjang penyewaan.
  5. Mematuhi perjanjian sewaan yang lain yang diperincikan di dalam perjanjian sewaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  1. Salinan Kad Pengenalan semua ahli pengurusan atau pemegang saham syarikat.
  2. Salinan Pendaftaran Syarikat berserta maklumat syarikat dan pemilik.
  3. Salinan sijil akuan pendaftaran syarikat daripada Kementerian Kewangan yang mempunyai kod bidang 040103 (jika ada) dan masih dalam tempoh sah laku.
  4. Profail syarikat yang mengandungi maklumat Lembaga pengarah, laporan audit syarikat (jika ada) serta pengalaman syarikat untuk tempoh 2 tahun dalam bidang berkaitan.
  5. Salinan bil utiliti Syarikat yang terkini (Air atau Elektrik)
  6. Dokumen di bawah ini perlu di sahkan oleh Institusi Kewangan yang mengeluarkan dokumen tersebut.
  7. Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terakhir (Ogos, September & Oktober 2023)
  8. Menghantar Borang 1 – lampiran A hingga E.

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

  1. Pemohon dikehendaki melihat premis yang dipohon sebelum menghantar borang permohonan.
  1. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

           Pengarah,

          Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,

          Aras 3, Majlis Perbandaran Sepang,

          Persiaran Semarak Api

         63200 CYBERJAYA

          Selangor Darul Ehsan

          (U.p : Encik Mohd Fahmy Bin Tumut)

  1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta : 03-83190300 Ext : 331

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 NOVEMBER 2023 (KHAMIS) JAM 3.30 PETANG

PERINGATAN:

  1. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat yang ditetapkan akan ditolak. Hanya permohonan yang lengkap serta memenuhi syarat yang ditetapkan akan diproses.
  2. Pemilihan akan dibuat oleh pihak Pengurusan Majlis dan akan dimaklumkan keputusan secara bersurat kepada pemohon.
  3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menggangap permohonan tidak berjaya.

 

                                                                                                                                                Tarikh Kemaskini : 1 November 2023