KERJA-KERJA PENGEMASKINIAN SISTEM ePELESENAN MPSEPANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, Unit Teknologi Maklumat sedang menjalankan kerja-kerja pengemaskinian sistem bagi Sistem Pelesenan atas talian. Oleh itu, beberapa modul seperti eLesen Permohonan Baru, eLesen Pembaharuan dan eLesen Notis Pembaharuan tidak dapat diakses secara atas talian buat masa ini. Modul-Modul ini akan dapat diakses seperti sediakala setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksana.

Sekian, terima kasih.