IKLAN KHAS KEKOSONGAN SEWAAN DAN PENGURUSAN BAGI TASKA IBU PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Tarikh Iklan : 10 November 2022 (Khamis)
Tarikh Tutup : 25 November 2022 (Jumaat) BORANG PERMOHONAN:
Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di https://tinyurl.com/borangtaska
SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN :
- Permohonan hendaklah di buat melalui Syarikat Sendirian, Perkongsian atau bertaraf Bhd / Berhad.
 - Alamat Syarikat mestilah berdaftar di Negeri Selangor dan keutamaan kepada Syarikat yang beralamat di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang serta keutamaan Syarikat (jika ada) yang mempunyai kriteria seperti berikut:
- Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera dan Syarikat mempunyai kod bidang, sub bidang dan pecahan bidang 221101 – Kakitangan Iktisas (professional) tidak termasuk khidmat perundingan & 221506 – Bangunan / Pejabat / Stor / Ruang Niaga / Rumah
 
 
SYARAT – SYARAT UTAMA PENYEWAAN :
- Syarikat hendaklah menjalankan perniagaan sendiri (tidak dibenarkan menyerahkan, menyewa atau menjual perniagaan kepada orang lain serta hanya ruang perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh digunakan untuk perniagaan).
 - Membayar sewaan premis tanpa gagal setiap bulan.
 - Tiada pindaan / tambahan kepada premis.
 - Mendapatkan lesen perniagaan yang sah daripada Majlis Perbandaran Sepang dan hendaklah mempamerkannya sepanjang penyewaan.
 - Mematuhi perjanjian sewaan yang lain yang diperincikan di dalam perjanjian sewaan.
 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
- Kesemua dokumen di bawah perlu disahkan oleh mana – mana Ahli Majlis Perbandaran Sepang  Senarai Ahli Majlis seperti di lampiran 1.
- Salinan Kad Pengenalan semua ahli pengurusan atau pemegang saham syarikat.
 - Salinan Pendaftaran Syarikat berserta maklumat syarikat dan pemilik.
 - Salinan sijil akuan pendaftaran syarikat daripada Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumitputera yang mempunyai kod bidang 221101 – Kakitangan Iktisas (professional) tidak termasuk khidmat perundingan & 221506 – Bangunan / Pejabat / Stor / Ruang Niaga / Rumah Kediaman. (jika ada) dan masih dalam tempoh sah laku.
 - Profail syarikat yang mengandungi maklumat Lembaga pengarah, laporan audit syarikat (jika ada) serta pengalaman syarikat untuk tempoh 2 tahun dalam bidang berkaitan.
 - Salinan bil utiliti Syarikat yang terkini (Air atau Elektrik)
 
 - Dokumen di bawah ini perlu di sahkan oleh Institusi Kewangan yang mengeluarkan dokumen tersebut.
- Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terakhir (Ogos, September & Oktober 2022).
 
 - Menghantar Borang 1 – lampiran A hingga D.
 
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
- Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
 
Pengarah,
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Aras 3, Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, 63200 CYBERJAYA
Selangor Darul Ehsan
(U.p : Encik Mohd Fahmy Bin Tumut)
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta : 03-83190300 Ext : 331.
 
 
 
 

 English
 Bahasa Melayu


Hari ini : 261  
Bulan ini : 19270  
Jumlah Kunjungan :1621410