JABATAN MPSEPANG

Ketua Jabatan : Puan Nor Suhaila binti Saat


Objektif

  • Merancang keperluan gunatenaga yang mencukupi, terlatih dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
  • Memelihara kebajikan dan kepentingan perkhidmatan kakitangan melalui proses tawaran gaji dan elaun, pemberian taraf berpencen, urusan persaraan, peperiksaan, rekod perkhidmatan, kemudahan perubatan, urusan cuti, pengesahan jawatan dan penempatan kakitangan.
  • Melahirkan kakitangan yang produktif, berdisiplin dan berhemah tinggi melalui penguatkuasaan peraturan-peraturan pegawai awam, kelakuan dan tatatertib.
  • Memastikan segala kelengkapan dan peralatan pejabat sentiasa dalam keadaan mencukupi dan terkawal.
  • Menyelaras serta menguruskan urusan perolehan dan kewangan.
  • Menyelaras dan memantau keselamatan dan kebersihan di ibu pejabat.
  • Menyelaras dan memantau pengurusan tempahan kenderaan jabatan.
  • Mengendalikan segala urusan berkaitan mesyuarat agar berjalan dengan lancar dan teratur.

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan deraf minit Mesyuarat Penuh dalam tempoh 2 hari bekerja dan mengedarkan minit Mesyuarat Penuh Majlis dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat.
  • Memproses permohonan dan perlantikan kakitangan baru dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh temuduga.

Ketua Jabatan : Encik Ahmad Saifunazif bin Mat Yatim


Piagam Pelanggan

  • Proses permohonan kelulusan pelan kerja tanah, jalan dan perparitan yang lengkap dan mematuhi syarat- syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 60 hari bekerja.
  • Proses permohonan kelulusan pelan lampu awam yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 30 hari berkerja.
  • Pengakuan penerimaan pelan struktur yang lengkap dan mematuhi syara-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Proses pemohonan kelulusan permit korekan jalan dan permit laluan yang lengkap akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Poses permohonan ambilalih infrastruktur yang lengkap akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Memberi ulasan kebenaran merancang yang diterima daripada OSC dalam tempoh 14hari bekerja.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan jalan, longkang, lampu jalan, lampu isyarat, dan tebing runtuh dalam masa 48 jam / hari bekerja.

Ketua Jabatan : YM Raja Zulhelmi bin Raja Saleh

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan Majlis yang efisyen dan berkesan selaras dengan tatacara dan prosedur kewangan yang digunapakai.

Piagam Pelanggan

  • Meluluskan permohonan bayaran Cukai Taksiran secara ansuran serta merta
  • Memproses bayaran balik cagaran dalam tempoh 7 hari
  • Memproses bayaran kepada pembekal setelah dokumen lengkap diterima di Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh
    7 hari

Ketua Jabatan : Puan Rozeta Binti Md Yusof

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan kebenaran merancang diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan alamat diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 15 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan permohonan tanah / hal-hal tanah ke Pentadbiran Tanah Daerah Sepang / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dalam tempoh 15 hari.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan pelan bangunan / pelan kerja tanah / hal-hal perancangan ke Jabatan Bangunan / Jabatan Kejuruteraan dalam tempoh 15 hari.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh 15 hari.

Ketua Jabatan : Encik Mohd Fahmy bin Tumut

Objektif

  • Memastikan semua pegangan yang tidak dikecualikan daripada kadar di dalam kawasan Majlis dinilai dengan adil dan munasabah bagi maksud kadaran dan harta-harta Majlis diuruskan secara optima.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua pegangan dinilai dalam tempoh 7 bulan daripada CCC.
  • Memastikan permohonan remisi diproses dan diputuskan mengikut tempoh 1 bulan selepas penggal taman.
  • Memastikan caruman membantu kadar kutipan 100 peratus.
  • Memastikan kontraktor penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Memastikan Kutipan sewa bulanan mencapai 80 peratus.
  • Memastikan tawaran dibuat selepas 14 hari Jawatankuasa pemilihan penyewa memilih penyewa yang layak.

Ketua Jabatan : Puan Zelda binti Mohd Zamri

Bahagian Pembangunan Sukan Dan Kemudahan Sukan
Ketua Unit : Encik Mohamad Firdaus bin Mohamad Marji

Bahagian Kebudayaan, Kesenian, Sosial Dan Pelancongan
Ketua Unit : Puan Norita Binti Ahmad Patanah

Bahagian Perpustakaan
Ketua Unit : –

Bahagian Logistik Dan Peralatan Pejabat
Ketua Unit : –

Objektif

  • Mengurus, melaksana, merancang dan menyelia program-program belia dan sukan.
  • Merancang dan melaksana program / aktiviti kebudayaan, kesenian, sosial dan pelancongan di kawasan MPSepang.
  • Merancang pelbagai aktiviti dan program pembangunan kemasyarakatan meliputi pelbagai kaum seluruh MPSepang
  • Memberi dan meyediakan perkhidmatan buku dan bahan perpustakaan serta menjalankan aktiviti untuk pengguna perpustakaan.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan komuniti dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Ketua Jabatan : Sulaiman bin Abi Hashim

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan kebenaran merancang diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan alamat diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 15 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan permohonan tanah / hal-hal tanah ke Pentadbiran Tanah Daerah Sepang / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dalam tempoh 15 hari.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan pelan bangunan / pelan kerja tanah / hal-hal perancangan ke Jabatan Bangunan / Jabatan Kejuruteraan dalam tempoh 15 hari.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh 15 hari.

Ketua Jabatan : Encik Mohd Azran bin Haji Musa


Objektif

  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai yang telah diperturunkan kuasa oleh Majlis di dalam kawasan pentadbirannya ke arah mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi tujuan perniagaan, kediaman dan perindustrian.

Ketua Jabatan : Azirol Hisham Bin Azmi

Objektif

Berkolabrasi bersama warga Daerah Sepang untuk menjadikan Daerah Sepang sebuah Daerah yang bersih, cantik, hijau, dan tersusun dengan adanya satu kawalan pembangunan landskap yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di samping memastikan pembangunan yang dibangunkan tidak menjejaskan alam semulajadi.

Piagam Pelanggan

  • Melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan vektor pembawa penyakit dalam tempoh 2 hari bekerja selepas aduan dilaporkan.
  • Menjalankan pemeriksaan dan tindakan ke atas aduan berkaitan kebersihan premis makanan dan berkaitan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas aduan diterima.
  • Meluluskan permohonan baharu dan pembaharuan lesen anjing yang lengkap secara serta-merta.
  • Mengambil tindakan ke atas aduan kacau ganggu berkaitan premis terbiar atau semak samun dalam tempoh 60 hari.
  • Memproses tuntutan bayaran daripada kontraktor atau pembekal di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan invois.
  • Mengeluarkan laporan pemantauan prestasi kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan dan pengurusan sisa pepejal setiap bulan.
  • Membuat bayaran balik cagaran setelah dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari bekerja.

Ketua Jabatan : Encik Noor Halif bin Noorzan

Objektif

  • Memastikan kerja-kerja memproses permohonan kelulusan dan pengeluaran Lesen Tred Perniagaan / Iklan / Penjaja / Hiburan dan lain-lain dilaksanakan dengan teratur dan cekap dalam tempoh 14 hari bekerja dan serta merta (bagi yang tidak berisiko) bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan dan undang-undang yang berhubung dengannya.

Ketua Jabatan : Cik Arefah Binti Rahim

Objektif

Berkolabrasi bersama warga Daerah Sepang untuk menjadikan Daerah Sepang sebuah Daerah yang bersih, cantik, hijau, dan tersusun dengan adanya satu kawalan pembangunan landskap yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di samping memastikan pembangunan yang dibangunkan tidak menjejaskan alam semulajadi.

Ketua Unit : Puan Rosziana binti Bassin, PPT

Objektif

  • Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan aplikasi bagi kemudahan jabatan/bahagian/unit menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
  • Merancang, menyelaras dan memantau rangkaian dan keselamatan ICT bagi membolehkan perkakasan dapat menjalankan fungsi ditetapkan dengan baik dan efisien.
  • Mengurus, menyelaras dan memantau saluran atas talian dan aplikasi atas talian serta kualiti strategik bagi membolehkan penyaluran informasi dan kawalan dokumen ICT yang baik dan teratur.

Ketua Unit : Encik Mohd Nor Amirrudin bin Ab Karim

Objektif

  • Memberi khidmat nasihat perundangan dan penguatkuasaan semua Akta, Undang-Undang Kecil, Peraturan dan Dasar yang diguna pakai kepada Majlis mengenai apa-apa perundangan yang dirujuk kepada jabatan bagi melindungi kepentingan Majlis.
  • Memberi khidmat nasihat dan memantau apa-apa tuntutan sivil terhadap atau bagi pihak Majlis Perbandaran Sepang bagi mengutip tunggakan cukai dan menjaga hak serta kepentingan Majlis.
  • Meneliti dan menyemak apa-apa dokumen perundangan, perjanjian, memorandum persefahaman dan garis panduan supaya hak dan kepentingan Majlis terpelihara.
  • Menyelaras dan bertanggungjawab kepada semua urusan draf gubalan, pindaan pewartaan undang-undang, bahan rujukan perundangan (warta, notis jurnal) diperlukan oleh Majlis Perbandaran Sepang agar bersesuaian dan praktikal mengikut perundangan semasa.
  • Mentadbir Pengurusan Kompaun.
  • Mentadbir Pengurusan Pendakwaan.
  • Menyelaras dan meneliti dokumentasi surat perwakilan kuasa kepada kakitangan Majlis Perbandaran Sepang supaya sentiasa relevan.
  • Menyelaras dan memantau urusan pentadbiran Unit Perundangan supaya dipatuhi mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketua Unit : Puan Fazariza binti Muhamad Mujal


Objektif

  • Kami berjanji akan membantu sedaya upaya kami untuk meningkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan Majlis Perbandaran Sepang kepada tahap yang teratur dan berkesan dengan mematuhi dasar, peraturan dan undang-undang melalui Pemeriksaan, Penilaian dan Pelaporan ke atas Prosedur dan perlaksanaan kerja.

Ketua Unit : Encik Norrehan bin Amat Kasman

Objektif

  • Merancang, menguruskan dan melaksanakan aktiviti perhubungan awam termasuk aduan awam, perkhidmatan kaunter, penerbitan, hebahan dan pengendalian media dengan cekap, telus, berkualiti dan berkesan supaya imej dan reputasi Majlis Perbandaran Sepang setanding dengan peringkat antarabangsa.
  • Merancang, menguruskan dan melaksanakan transformasi semua aktiviti yang melibatkan inovasi, kreativiti dan produktiviti supaya dapat menghasilkan perkhidmatan ataupun produk yang berkualiti tinggi serta dapat meningkatkan imej Majlis Perbandaran Sepang.

Ketua Unit : Puan Suhana binti Mohd Ghazali

Objektif

  • Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga supaya mewujudkan sikap kerjasama, bersatupadu, berintegriti, bermoral dan beretika.
  • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga MPSepang.
  • Menggalakkan semangat bertanggungjawab dikalangan warga MPSepang serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung pronsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

Ketua Unit : Aziaton binti Shuib

Objektif

  • Unit yang bertanggungjawab kepada menerima permohonan cadangan pemajuan iaitu perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain berkaitan.

Ketua Unit : Puan Nur Hidayati binti Dahalan

Objektif

  • Mewujudkan pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak yang cekap dan mematuhi prosedur selaras dengan matlamat dan dasar Majlis.

Pengarah : Encik Mohamad Shahrudin bin Johar


Objektif

  • Memastikan pengurusan dan penyenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur, tersusun dan berkesan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang bersih, terpelihara dan harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan berstrata.