KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELULUSAN ASET ALIH

1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

Pacuan Empat Roda Toyota Fortuner 2.7V (P) A/T – BJX 8933

2. Aset boleh dilihat pada 16hb Jun 2022 hingga 17hb Jun 2022 diantara jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Aras B3 Bangunan Darul Ehsan.

3. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh diperoleh di alamat seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut harga JPBD/SEL/SH/08/2022 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:-

PLANMalaysia@Selangor
(Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor)
Tingkat 17, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40646 Shah Alam.

5. Tarikh tutup sebut harga pada 4 Julai 2022 jam 12.00 tengah hari. Sebut  harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut boleh dicapai di laman portal PLANMalaysia@Selangor.

Untuk muat turun Borang Sebutharga klik sini.

Sekian, terima kasih.