Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan eCukai
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan Unit Pengurusan Maklumat akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan server eCukai bermula pada :
Tarikh : 25 Ogos 2017
Masa : 5.00 Petang
Oleh itu, capaian kepada perkhidmatan eCukai secara online melalui web ekl.mpsepang.gov.my akan dihentikan sementara bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar. Adalah dijangkakan kesemua operasi sistem dan aplikasi eCukai akan beroperasi secara sedia kala selewat-lewatnya pada 28hb Ogos 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi. Maaf atas segala kesulitan yang dialami.
Sekian, terima kasih.