Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan Elektrik di Ibu Pejabat MPSepang, Cyberjaya
Jabatan Kawalan Bangunan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di Ibu Pejabat MPSepang pada 18 Oktober 2024 (Jumaat). Oleh itu, pihak kontraktor akan membuat penutupan bekalan elektrik secara berperingkat dan kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik dan bekalan internet sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan.
Unit Teknologi Maklumat perlu menghentikan keseluruhan operasi sistem MPSepang seperti ketetapan berikut :
Tarikh & masa mula: 18hb Oktober 2024 (Jumaat) 5.30 petang
Tarikh Tamat: sehingga pemakluman kerja-kerja penyelenggaraan selesai
Kesemua perkhidmatan ini akan beroperasi seperti biasa apabila kerja-kerja penyelenggaran ini selesai. Sebarang permasalahan dan kesulitan amat kami kesali dan didahului dengan terima kasih.
Harap maklum.