Program Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor

Kaedah Pelaksanaan

1.0 PENDAFTARAN

1.1 Kategori yang diwajibkan adalah bagi aktiviti seperti berikut :

Semua Pasar Raya Besar (Supermarket / Hypermarket),
Pasar Raya / Pasar Mini / Kedai Serbaneka,
Restoran, Kafeteria / Kedai Makan,
Farmasi / Barangan Kesihatan,
Kedai Aksesori, Pakaian; dan
lain-lain premis yang berkaitan di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang

1.2 Borang dan dokumen sokongan

• Borang CPBP-A
• Salinan Lesen Perniagaan yang sah (berdasarkan kepada alamat premis perniagaan)

2.0 SERAHAN KUTIPAN

2.1 Jadual serahan kutipan mengikut tempoh adalah seperti berikut :-

TEMPOH
TARIKH AKHIR SERAHAN BAYARAN
JANUARI HINGGA JUNSEBELUM 15 JULAI
JULAI HINGGA DISEMBERSEBELUM 15 JANUARI

2.2 Tatacara Pembayaran
• Lengkapkan borang CPBP-B (Serahan Kutipan Caj Beg Plastik)
• e-Melkan borang tersebut kepada ctaishah@mpsepang.gov.my untuk proses penyediaan bil bayaran

2.3 Borang dan dokumen sokongan
• Borang CPBP-B
• Salinan Lesen Perniagaan
• Dokumen sokongan penyata kutipan bagi setiap premis

2.4 Pembayaran boleh dilakukan melalui :-
• Kaunter Utama MPSepang / kios MPSepang
• Bank Deraf (atas nama Majlis Perbandaran Sepang)
• Debit / Credit Kad
• Tunai
• Bankers Cheque (atas nama Majlis Perbandaran Sepang) – Cek syarikat Tidak Diterima

3.0 PREMIS BEBAS PLASTIK
Sekiranya premis tidak membekalkan beg plastik kepada pelanggan, premis perlu mengemukakan borang CPBP-C sebagai rekod Premis Bebas Beg Plastik kepada pihak jabatan untuk pengesahan.

4.0 LAIN-LAIN
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pemilik premis boleh menghubungi talian 03 83190200 :- Puan Aishah ext 255, Puan Syuhada ext 259, Puan Khalillah ext 240 atau email kepada Pengarah Jabatan Pelesenan = halif@mpsepang.gov.my

SILA AMBIL PERHATIAN
, sekiranya pihak tuan / puan didapati gagal / enggan / ingkar / cuai dalam mematuhi arahan yang telah diberikan, pihak Majlis Perbandaran Sepang akan meneruskan dengan tindakan penguatkuasaan / pembatalan lesen perniagaan.

PIHAK BERKUASA MELESEN
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Archive 2023

Arkib Pencapaian Piagam Pelanggan MPSepang 2023

Arkib Pencapaian Piagam Pelanggan MPSepang 2022

SENARAI SALURAN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN

Penyelenggaraan Sistem Pembayaran Atas Talian dan Aplikasi Mudah Alih Untuk Bayaran Cukai

Sistem Pembayaran Atas Talian dan Aplikasi Mudah Alih untuk Bayaran Cukai sedang dalam penyelenggaraan untuk proses kenaan notis. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan ini tidak dapat dicapai sepanjang tempoh penyelenggaraan. Harap maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.
Sekian, Terima kasih.

Pembukaan Semula Pasar Malam Dan Pasar Sari

Klik di sini untuk keterangan lanjut dan klik di sini untuk muat turun borang permohonan.

Paparan Senarai Calon Ujian Kecergasan

Sila klik di sini untuk senarai nama calon bagi ujian kecergasan jawatan Pembantu Penguatkuasa yang akan diadakan pada 14 September 2019 di Stadium Mini BBST jam 8:30 pagi.

Senarai Kekosongan Premis Ogos 2019

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.