Program Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor

Kaedah Pelaksanaan

1.0 PENDAFTARAN

1.1 Kategori yang diwajibkan adalah bagi aktiviti seperti berikut :

Semua Pasar Raya Besar (Supermarket / Hypermarket),
Pasar Raya / Pasar Mini / Kedai Serbaneka,
Restoran, Kafeteria / Kedai Makan,
Farmasi / Barangan Kesihatan,
Kedai Aksesori, Pakaian; dan
lain-lain premis yang berkaitan di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang

1.2 Borang dan dokumen sokongan

• Borang CPBP-A
• Salinan Lesen Perniagaan yang sah (berdasarkan kepada alamat premis perniagaan)

2.0 SERAHAN KUTIPAN

2.1 Jadual serahan kutipan mengikut tempoh adalah seperti berikut :-

TEMPOH
TARIKH AKHIR SERAHAN BAYARAN
JANUARI HINGGA JUNSEBELUM 15 JULAI
JULAI HINGGA DISEMBERSEBELUM 15 JANUARI

2.2 Tatacara Pembayaran
• Lengkapkan borang CPBP-B (Serahan Kutipan Caj Beg Plastik)
• e-Melkan borang tersebut kepada ctaishah@mpsepang.gov.my untuk proses penyediaan bil bayaran

2.3 Borang dan dokumen sokongan
• Borang CPBP-B
• Salinan Lesen Perniagaan
• Dokumen sokongan penyata kutipan bagi setiap premis

2.4 Pembayaran boleh dilakukan melalui :-
• Kaunter Utama MPSepang / kios MPSepang
• Bank Deraf (atas nama Majlis Perbandaran Sepang)
• Debit / Credit Kad
• Tunai
• Bankers Cheque (atas nama Majlis Perbandaran Sepang) – Cek syarikat Tidak Diterima

3.0 PREMIS BEBAS PLASTIK
Sekiranya premis tidak membekalkan beg plastik kepada pelanggan, premis perlu mengemukakan borang CPBP-C sebagai rekod Premis Bebas Beg Plastik kepada pihak jabatan untuk pengesahan.

4.0 LAIN-LAIN
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pemilik premis boleh menghubungi talian 03 83190200 :- Puan Aishah ext 255, Puan Syuhada ext 259, Puan Khalillah ext 240 atau email kepada Pengarah Jabatan Pelesenan = halif@mpsepang.gov.my

SILA AMBIL PERHATIAN
, sekiranya pihak tuan / puan didapati gagal / enggan / ingkar / cuai dalam mematuhi arahan yang telah diberikan, pihak Majlis Perbandaran Sepang akan meneruskan dengan tindakan penguatkuasaan / pembatalan lesen perniagaan.

PIHAK BERKUASA MELESEN
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG