MAKLUMAN : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIK DI IBU PEJABAT MPSEPANG

Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan Elektrik di Ibu Pejabat MPSepang, Cyberjaya

Jabatan Kawalan Bangunan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di Ibu Pejabat MPSepang pada 23-24hb September 2023 (Sabtu & Ahad). Oleh itu, pihak kontraktor akan membuat penutupan bekalan elektrik secara berperingkat dan kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik dan bekalan internet sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan.

Unit Teknologi Maklumat perlu menghentikan keseluruhan operasi sistem MPSepang bermula pada 22hb September 2023 (Jumaat) jam 5.30 petang. Semua perkhidmatan dalam talian tidak dapat diakses sepanjang tempoh tersebut. Kesemua perkhidmatan ini akan beroperasi seperti biasa pada 25hb September 2023 (Isnin) 8.00 pagi.

Sebarang permasalahan dan kesulitan amat kami kesali dan didahului dengan terima kasih.

Harap maklum.