Promosi : Aplikasi MyWater Closet (MyWC)

Satu aplikasi mudah alih carian tandas iaitu MyWC (My Water Closet) telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membantu orang awam membuat carian tandas awam dalam lingkungan 25km radius dengan menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang disertakan.

Aplikasi MyWC yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) ini turut membantu pengguna mendapatkan maklumat tandas dan memaparkan profil tandas tersebut berdasarkan kepada penarafan bintang. Pengguna juga boleh mencari tandas yang mempunyaifasiliti seperti tandas berbayar dan tidak berbayar, tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) dan bilik persalinan lampin bayi.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Store

KPKT Malaysia
#jommuatturunMyWC
#tandasbersihkeluargamalaysiasihat