Kadar sewaan bagi Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima

Pada Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Perbandaran Sepang Bil. 04/2017 telah dipersetujui  kadar sewaan bagi Dewan Orang Ramai Putra Prima bermula Mei 2017. Kadar sewaan dewan tersebut ialah seperti jadual di bawah :

BIL.

PERKARA

JENIS

KADAR SEWAAN

1. Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima, Puchong 1.    Upacara perkahwinan / majlis keramaian, dan lain-laian (Dengan kelulusan YDP). 1.    RM40.00/Jam

(tanpa penghawa dingin)

 

RM80.00/Jam (Dengan penghawa dingin)

 

     **Deposit RM 500.00

 

2.    Latihan badminton 2.    RM10.00/Jam

(2 gelanggang badminton)

Model Baru OSC 3.0

Penambahbaikan  berterusan  kepada  sistem   penyampaian perkhidmatan kerajaan dan aspek kawalan pemajuan memerlukan semakan semula secara menyeluruh dilaksanakan ke atas proses dan prosedur sediada agensi teknikal, tidak terhad kepada PBT sahaja, tetapi ke atas semua agensi teknikal dalaman dan luaran yang menganggotai Jawatankuasa OSC. Keberkesanan serta kecekapan pegawai-pegawai memproses permohonan permit, kelulusan atau sokongan diukur melalui bilangan interaksi (prosedur) yang dikenakan kepada pelabur, tempoh masa yang diambil memproses kesemua prosedur serta kos yang dikenakan kepada pelabur sebelum permit, kelulusan atau sokongan dikeluarkan. Bilangan prosedur, masa yang diambil memproses permohonan serta kos yang dikenakan bagi melengkapkan permohonan dijadikan   kayu   pengukur   tahap   regulatori   domestik    yang dikenakan serta kesannya kepada para pelabur.  Pengukuran ini merangkumi keseluruhan peringkat pembinaan ciari peringkat sebelum pembinaan  sehingga keperingkat selepas pembinaan iaitu setelah utiliti disambungkan dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CertificateofCompletionAnd Compliance-CCC)  dikeluarkan.

Model Baru OSC memberi fokus kepada 6 proses  utama pembinaan iaitu prarundingan, pertimbangan kepada pelan-pelan cadangan pemajuan, notifikasi permuiaan kerja binaan ditapak, pemeriksaan interim, pemeriksaan akhir dan pendepositan CCC.  Keperluan undang-undang dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan,sementara prosedur yang tidak perlu digugurkan manakala bagi prosedur yang perlu diadakan, diperkasa dan diperkemaskan.

Manual Agensi osc_3.0

Manual Permohonan osc_3.0

Penyelenggaraan Dan “Backup” Laman Web Rasmi MPSepang Berkala

Unit Pengurusan Maklumat MPSepang melakukan penyelenggaraan dan “backup” berkala ke atas Laman Web Rasmi MPSepang mengikut ketetapan berikut:

Tarikh                 : Setiap Sabtu (Mingguan)
Masa                  : 1:00 Pagi – 1:30 Pagi
Anggaran Masa  : 30 Minit

Sehubungan dengan itu, Laman Web Rasmi MPSepang dan e-Perkhidmatan Majlis akan ‘down’ sebentar semasa sesi penyelenggaraan dan ‘backup’ ini dilakukan. Dengan itu, semua e-Perkhidmatan Majlis akan tergendala buat sementara waktu dan e-Perkhidmatan ini akan mula boleh digunakan semula selepas itu. Maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.

Sekian, terima kasih.