RALAT : Bil Cukai Taksiran Penggal 01/2020

Majlis Perbandaran Sepang telah menghantar bil cukai taksiran bagi penggal 01/2020 kepada semua pemilik harta yang berdaftar di kawasan pentadbiran MPSepang. Walaubagaimanapun terdapat ralat dalam jumlah tunggakan yang tertera di bil kerana telah mengambilkira jumlah kenaan cukai setahun. Untuk mendapatkan penyata terkini, sila layari https://ekl.mpsepang.gov.my atau menghubungi Bahagian Hasil di talian hotline 03-83190266. Pihak MPSepang memohon maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih.

Memperbaharui Lesen Anjing Tahun 2020

Tarikh memperbaharui lesen anjing adalah dari 2/1/2020 hingga 28/2/2020. Dokumen yang perlu dibawa :

1. Lesen terdahulu (2019)
2. SALINAN suntikan anjing yang masih belum tamat tempoh

Lesen anjing boleh juga di perbaharui di pejabat-pejabat cawangan MPSepang :
PEJABAT CAWANGAN PUTRA PERDANA, PUCHONG
PEJABAT CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI
PEJABAT CAWANGAN SUNGAI PELEK

Sambutan Sempena Tahun Baru Cina

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 pada 1/2/2020 (Sabtu) jam 6.30 petang di Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Semua dijemput hadir bersama meraikan.

Antibiotic Fun Run

Program Antibiotik Fun Run akan diadakan pada 19/1/2020 bertempat di G2G Garden Hall, MAEPS Serdang bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 12 tengahari. Tujuan Antibiotik Fun Run ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyebarluas kepentingan antibiotik dengan lebih bertanggungjawab. Acara ini merupakan kesinambungan Sambutan World Antibiotic Awareness Week (WAAW 2019) yang telah berlangsung pada November lalu di mana pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti pameran tentang ubat-ubatan serta saringan kesihatan yang dijalankan dalam mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan kepada masyarakat.

Iklan Kekosongan Premis Januari 2020

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Makluman Penutupan Kaunter Kutipan MPSepang

Makluman Penutupan Kaunter Kutipan Bergerak MPSepang

Iklan Jawatan Kosong Januari 2020

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut dan klik di sini untuk muat turun borang.