HEBAHAN AMALAN PERKONGSIAN DATA BERTANGGUNGJAWAB MELALUI SelGDX

Bagi memastikan perkongsian data dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan mematuhi prinsip tadbir urus data yang baik, semua warga kerja Kerajaan Negeri Selangor disarankan untuk mengamalkan semakan asas sebelum berkongsi sebarang data melalui Selangor Government Data Exchange (SelGDX) atau saluran perkongsian data yang lain.

Sebelum sesuatu data dikongsi, pastikan lima perkara utama diberikan perhatian iaitu sama ada anda mempunyai kebenaran untuk berkongsi data tersebut, tujuan perkongsian adalah jelas dan sah, data peribadi atau sensitif dikenal pasti serta dilindungi, penerima data adalah pihak yang berhak, dan data yang dikongsi adalah tepat, lengkap serta terkini.

Amalan semakan ini membantu mengurangkan risiko penyalahgunaan data, meningkatkan keyakinan terhadap perkongsian maklumat, serta menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan.

Sila luangkan sedikit masa untuk merujuk poster yang dilampirkan bagi mendapatkan panduan ringkas mengenai 5 perkara yang perlu disemak sebelum berkongsi data, selaras dengan usaha memperkukuh budaya perkongsian data yang selamat, cepat dan tepat di Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan SelGDX di infoselgdx@selangor.gov.my atau layari https://selgdx.selangor.gov.my/.

DATASET

E-PENYERTAAN

e-Penyertaan adalah perkhidmatan yang disediakan untuk mendapatkan
maklum balas daripada responden Majlis Perbandaran Sepang.


Acara

[add_eventon lang="L2" add_eventon_list]

BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

QR Code Kepuasan Pelanggan
Scan QR Code atau layari http://customersurvey.mpsepang.gov.my

MEDIA 1