PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
e-myMR
MyMR (Minor Renovation) adalah sebuah Sistem Pengubahsuaian Kerja Berskala Kecil untuk mengemukakan permohonan kelulusan pengubahsuaian kecil, rumah atau premis perniagaan bagi komuniti di daerah Sepang secara atas talian. MyMR membolehkan pengguna mendaftar akaun, memuat naik dokumen, pembayaran secara atas talian dan menerima kelulusan ubahsuai berskala kecil secara digital melalui kaedah kod QR (Quick Response Code). Sebarang maklumat berkaitan jenis pengubahsuaian yang dibenarkan serta dokumen sokongan yang diperlukan boleh dirujuk melalui laman sesawang rasmi Sistem MyMR.
Klik MyMR untuk mengemukakan permohonan pengubahsuaian kerja berskala kecil
e-ideaBajet
Idea Bajet merupakan platform yang digunakan untuk mendapatkan cadangan penyediaan bajet daripada penduduk dan platform ini akan dibuka dalam tempoh tertentu sahaja.
e-MyPusara
e-MyPusara menguruskan urusan berkaitan pusara secara dalam talian, termasuk penerimaan permohonan pengebumian, pengurusan pengebumian jenazah, pengawasan tanah perkuburan dan penyelenggaraan tanah perkuburan bagi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyberjaya yang di bawah pengurusan dan pentadbiran MPSepang yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Kubur Raudhatul Baqi’, Jabatan Kesihatan Persekitaran. Perkhidmatan kenderaan jenazah tidak disediakan.
Tanah Perkuburan Islam ini terletak di Cyber 10, Cyberjaya yang berhampiran dengan Masjid Cyber 10. Tanah Perkuburan Islam bagi fasa 1A ini seluas 4.67 ekar mampu memuatkan lebih kurang 1500 unit kubur iaitu termasuk kubur dewasa, kubur kanak-kanak dan kubur anggota badan. Kemudahan yang terdapat di Tanah Perkuburan Islam ini adalah kawasan parkir kenderaan termasuk parkir OKU, laluan pejalan kaki, lampu jalan, gazebo beserta bangku duduk dan pili air.
Waktu Ziarah Tanah Perkuburan Islam ini adalah 8:00 pagi sehingga 7:00 petang. Waktu Operasi Pengebumian pula adalah 8:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari. Pengkebumian di luar waktu operasi hanya akan dijalankan berdasarkan kes-kes tertentu sahaja dengan kebenaran pihak pengurusan MPSepang.
Klik e-MyPusara untuk meneruskan urusan.
i-Perjawatan
i-Perjawatan mengiklankan jawatan kosong yang membolehkan pengguna mendaftar dan memohon jawatan kosong yang diiklankan oleh Majlis Perbandaran Sepang. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi maklumat peribadi dan menggunakan emel atau nombor kad pengenalan sebagai ID pengguna.
Klik e-Perjawatan untuk meneruskan urusan.
e-Perpustakaan
e-Perpustakaan menyediakan katalog dalam talian untuk carian bahan seperti buku dan novel, serta menawarkan akses penggunaan melalui log masuk atau pendaftaran baru. Ia turut memaparkan bahan terkini dan popular, menyediakan berita serta panduan perkhidmatan perpustakaan serta maklumat perhubungan rasmi perpustakaan MPSepang.
Klik e-Perpustakaan untuk meneruskan urusan.
e-BazarRamadan
E-Bazar Ramadan melaksanakan permohonan petak bazar ramadan secara digital, di mana membolehkan peniaga meneruskan perniagaan semasa tempoh bulan Ramadan dan menjana pendapatan.
Klik e-BazarRamadan untuk meneruskan urusan.
OSC 3.0 Plus Online
OSC 3.0 Plus Online membantu pihak Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, membuat bayaran secara atas talian (online), membolehkan Agensi Teknikal mengulas permohonan secara maya dan seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini. Semua permohonan pelan cadangan pemajuan hendaklah dikemukakan melalui sistem OSC 3.0 Plus Online ini bagi proses pertimbangan untuk kelulusan pelan cadangan pemajuan. Sistem ini telah dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempat (KPKT) melalui penambahbaikan Sistem OSC 3.0. Pembangunan sistem secara ‘web base’ ini adalah berpandukan tatacara dan proses yang terdapat di dalam Manual OSC 3.0 Plus.
- Untuk melihat Manual Pengguna, sila klik di sini.
- Untuk melihat Manual OSC, sila klik di sini.
- Untuk melihat Manual Koordinator, sila klik di sini.
- Untuk melihat Manual Teknikal (Dalaman), sila klik di sini.
- Untuk melihat Manual Teknikal (Luaran), sila klik di sini.
Klik OSC 3.0 Plus Online untuk meneruskan urusan.
Maklum Balas / Komen Portal MPSepang
Maklum Balas / Komen Portal MPSepang menerima dan memberi maklum balas bagi sebarang cadangan dan pertanyaan berkenaan Portal MPSepang sahaja. Anda juga boleh menyalurkannya ke e-Mel webmaster@mpsepang.gov.my. Sebarang aduan, pertanyaan, atau lain-lain yang tidak berkaitan, sila klik e-Aduan.
Manual pengguna Maklum Balas / Komen Portal MPSepang sedang dikemaskini. Klik Maklum Balas / Komen Portal MPSepang untuk meneruskan urusan.
