Penyelenggaraan Bayaran Di Atas Talian Bagi Kompaun Tempat Letak Kereta
MPSepang mohon maaf di atas kesulitan yang tersebut di atas. Namun, bayaran boleh dibuat menggunakan Cek, Bank Draf atau Kiriman Wang Pos di atas nama “YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG”.
Talian Bebas Tol Aduan Sampah Di Selangor
Berikut merupakan Talian Bebas Tol Aduan Sampah Di Selangor :
- 1800-88-2824
Penggunaan SMS Bagi Aduan Sampah
MPSepang telah menyediakan satu saluran pesanan khidmat ringkas khas (SMS) untuk menerima aduan berkaitan sampah di kawasan pentadbiran MPSepang. Berikut adalah tatacara pendaftaran dan penggunaan SMS tersebut :
1.Pelanggan perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pendaftaran adalah seperti berikut :
Taip mpsepang daftar <masukkan no kp anda> <masukkan katalaluan pilihan> <masukkan emel anda> <masukkan nama anda> dan hantar ke 15888.
2.Setelah pendaftaran berjaya, pelanggan boleh menghantar SMS untuk aduan sampah seperti berikut :
Taip mpsepang sampah <masukkan aduan anda> dan hantar ke 15888. Panjang aduan adalah sebanyak 130 karakter sahaja.
3.Bagi lain-lain aduan, boleh disalurkan melalui SMS berikut :
Taip mpsepang aduan <masukkan aduan anda> dan hantar ke 15888. Panjang aduan adalah sebanyak 130 karakter sahaja.
4.Untuk semakan status aduan yang telah dihantar adalah seperti berikut :
Taip mpsepang aduan status <no aduan> dan hantar ke 15888.
Naiktaraf Perkhidmatan Semakan dan Pembayaran Cukai
Dimaklumkan mulai 27 Jun 2012, Perkhidmatan Semakan dan Pembayaran Cukai (e-Cukai) akan dinaiktaraf ke Sistem Baru. Segala Kesulitan Amat Dikesali. Terima Kasih
Senarai Kontraktor Kutipan Sampah Di Daerah Sepang
Berikut merupakan senarai kontraktor kutipan sampah di kawasan MPSepang dari 1hb Mac 2012 hingga 28hb Februari 2015.
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984)
Berikut merupakan pindaan-pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) dari tahun1990 sehingga tahun 2007 :-
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986 – Sel (1)
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986 – Sel.P.
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1993 – Sel.P.
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 2000 – Sel (1)
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 2000 – Sel.P.
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 2007 – Sel.P.
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 2012 – Sel (1)
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 2012 – Sel.P.
Model Baru OSC 3.0
Penambahbaikan berterusan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan aspek kawalan pemajuan memerlukan semakan semula secara menyeluruh dilaksanakan ke atas proses dan prosedur sediada agensi teknikal, tidak terhad kepada PBT sahaja, tetapi ke atas semua agensi teknikal dalaman dan luaran yang menganggotai Jawatankuasa OSC. Keberkesanan serta kecekapan pegawai-pegawai memproses permohonan permit, kelulusan atau sokongan diukur melalui bilangan interaksi (prosedur) yang dikenakan kepada pelabur, tempoh masa yang diambil memproses kesemua prosedur serta kos yang dikenakan kepada pelabur sebelum permit, kelulusan atau sokongan dikeluarkan. Bilangan prosedur, masa yang diambil memproses permohonan serta kos yang dikenakan bagi melengkapkan permohonan dijadikan kayu pengukur tahap regulatori domestik yang dikenakan serta kesannya kepada para pelabur. Pengukuran ini merangkumi keseluruhan peringkat pembinaan ciari peringkat sebelum pembinaan sehingga keperingkat selepas pembinaan iaitu setelah utiliti disambungkan dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CertificateofCompletionAnd Compliance-CCC) dikeluarkan.
Model Baru OSC memberi fokus kepada 6 proses utama pembinaan iaitu prarundingan, pertimbangan kepada pelan-pelan cadangan pemajuan, notifikasi permuiaan kerja binaan ditapak, pemeriksaan interim, pemeriksaan akhir dan pendepositan CCC. Keperluan undang-undang dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan,sementara prosedur yang tidak perlu digugurkan manakala bagi prosedur yang perlu diadakan, diperkasa dan diperkemaskan.
Kaunter Bergerak Kutipan Cukai
Kaunter bergerak yang dijadualkan pada hari ini (20hb Ogos 2014) di Taman Putra Perdana terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Sehubungan itu, Pihak Majlis Perbandaran Sepang memohon maaf dan sebarang kesulitan amatlah dikesali.