Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan eCukai

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan Unit Pengurusan Maklumat akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan server eCukai bermula pada :

Tarikh  :  25 Ogos 2017
Masa   :  5.00 Petang

Oleh itu, capaian kepada perkhidmatan eCukai secara online melalui web ekl.mpsepang.gov.my akan dihentikan sementara bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar. Adalah dijangkakan kesemua operasi sistem dan aplikasi eCukai akan beroperasi secara sedia kala selewat-lewatnya pada 28hb Ogos 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi. Maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Sekian, terima kasih.

Perubahan dan kedudukan lokasi Hentian Bas SMART Selangor di KLIA

Bermula 01 JULAI 2017, lokasi mengambil dan menurunkan penumpang Bas SMART Selangor MPSepang di Terminal Bas KLIA akan berpindah ke PINTU 04, ARAS 01, BANGUNAN MTB KLIA (Platform sama dengan Bas Shuttle MA Sepang Sdn. Bhd.). Bas SMART Selangor MPSepang juga akan memasuki Medan LTCP bagi mengambil penumpang untuk ke KLIA dan KLIA2.

Kadar sewaan bagi Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima

Pada Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Perbandaran Sepang Bil. 04/2017 telah dipersetujui  kadar sewaan bagi Dewan Orang Ramai
Putra Prima bermula Mei 2017. Kadar sewaan dewan tersebut ialah seperti jadual di bawah :

BIL.

PERKARA

JENIS

KADAR SEWAAN

1. Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima, Puchong 1.    Upacara perkahwinan / majlis keramaian, dan lain-laian (Dengan kelulusan YDP). 1.    RM40.00/Jam

(tanpa penghawa dingin)

 

RM80.00/Jam (Dengan penghawa dingin)

 

     **Deposit RM 500.00

 

2.    Latihan badminton 2.    RM10.00/Jam

(2 gelanggang badminton)

 

Penghebahan Geran Bantuan Kepada Pihak Pengurusan Di Skim Perumahan Berstrata

Sila rujuk lampiran di bawah untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Permohonan Geran Badan Pengurusan JMB / MC.

Broucher Geran

 

 

Makluman : Kerja-kerja Pemasangan MCCB 60 AMP Baru di Ibu Pejabat MPSepang

Makluman : Kerja-kerja Pemasangan MCCB 60 AMP Baru di Ibu Pejabat MPSepang
Kerja-kerja pemasangan MCCB 60 AMP baru akan dijalankan di bangunan Ibu Pejabat MPSepang oleh Jabatan Bangunan mengikut ketetapan berikut :-
Tarikh : 6 & 7 Mei 2017
Sehubungan dengan itu, Laman Web Rasmi MPSepang dan e-perkhidmatan Majlis akan ditutup secara berperingkat mulai 5 Mei 2017 mulai pukul 5.00 petang ini. Dengan itu, semua e-perkhidmatan Majlis akan tergendala buat sementara waktu dan e-Perkhidmatan ini akan mula boleh digunakan mulai 8 Mei 2017 (Isnin) setelah kerja-kerja pemasangan ini selesai. Maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.
Sekian, Terima kasih.

Notis Pemberitahuan Memperbaharui Lesen Anjing Tahun 2017

3 Januari 2017 – 28 Februari 2017
Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Sepang Cyberjaya /
Pejabat Cawangan Taman Putra Perdana /
Pejabat Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi /
Pejabat Cawangan Sungai Pelek.

Program Publisiti Penyertaan Awam

Sukacita dimaklumkan bahawa  pihak Majlis dalam  proses penyediaan  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan 2)  2025  yang  kini  dalam  peringkat  penyediaan  Publisiti dan Penyertaan Awam. Program Publisiti  dan  Penyertaan Awam merupakan  satu kaedah hebahan  atau pemakluman kepada orang awam mengenai  Laporan Draf Rancangan Tempatan adalah sedia  untuk diperiksa selaras dengan keperluan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta172). Program ini diadakan pada 19 Disember 2016 hingga 20 Januari 2017.  Sila klik  Borang Bantahan   Awam  /  Represantasi  untuk memuat turun  borang dan  klik RT MPSEPANG 225  bagi pengguna  telefon  pintar (Mobile Apps).

Bayaran Cukai Taksiran Secara Di Atas Talian

Berhubung dengan perubahan Sistem Cukai Taksiran yang baru yang melibatkan pertukaran Nombor Akaun atau AUID baru pada Bil Cukai Taksiran, adalah dimohon agar para pelanggan dapat membuat bayaran melibatkan Cukai Taksiran di Agensi-agensi Perbankan yang terlibat secara di atas talian dengan menggunakan Nombor Akaun lama (15 digit) atau AUID lama.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan Tender Permohonan Pelupusan Tanah

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengesyorkan kaedah pelupusan tanah di Pekan Bukit Bisa, Mukim Dengkil, Daerah Sepang dilaksanakan secara Tender.  Tarikh tutup kenyataan ini adalah pada 27/2/2016. Klik  di sini untuk mendapatkan Kenyataan Permohonan Pelupusan Tanah Secara Tender dan klik di sini untuk melihat Pelan Lokasi.