IKLAN KHAS KEKOSONGAN SEWAAN DAN PENGURUSAN BAGI TASKA IBU PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

 

Tarikh Iklan     : 10 November 2022 (Khamis)

Tarikh Tutup    : 25 November 2022 (Jumaat) BORANG PERMOHONAN:

Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di https://tinyurl.com/borangtaska

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN :

 

  1. Permohonan hendaklah di buat melalui Syarikat Sendirian, Perkongsian atau bertaraf Bhd / Berhad.
  2. Alamat Syarikat mestilah berdaftar di Negeri Selangor dan keutamaan kepada Syarikat yang beralamat di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang serta keutamaan Syarikat (jika ada) yang mempunyai kriteria seperti berikut:
    • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera dan Syarikat mempunyai kod bidang, sub bidang dan pecahan bidang 221101 – Kakitangan Iktisas (professional) tidak termasuk khidmat perundingan & 221506 – Bangunan / Pejabat / Stor / Ruang Niaga / Rumah

SYARAT – SYARAT UTAMA PENYEWAAN :

 

  1. Syarikat hendaklah menjalankan perniagaan sendiri (tidak dibenarkan menyerahkan, menyewa atau menjual perniagaan kepada orang lain serta hanya ruang perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh digunakan untuk perniagaan).
  2. Membayar sewaan premis tanpa gagal setiap bulan.
  3. Tiada pindaan / tambahan kepada premis.
  4. Mendapatkan lesen perniagaan yang sah daripada Majlis Perbandaran Sepang dan hendaklah mempamerkannya sepanjang penyewaan.
  5. Mematuhi perjanjian sewaan yang lain yang diperincikan di dalam perjanjian sewaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Kesemua dokumen di bawah perlu disahkan oleh mana – mana Ahli Majlis Perbandaran Sepang Senarai Ahli Majlis seperti di lampiran 1.
    • Salinan Kad Pengenalan semua ahli pengurusan atau pemegang saham syarikat.
    • Salinan Pendaftaran Syarikat berserta maklumat syarikat dan pemilik.
    • Salinan sijil akuan pendaftaran syarikat daripada Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumitputera yang mempunyai kod bidang 221101 – Kakitangan Iktisas (professional) tidak termasuk khidmat perundingan & 221506 – Bangunan / Pejabat / Stor / Ruang Niaga / Rumah Kediaman. (jika ada) dan masih dalam tempoh sah laku.
    • Profail syarikat yang mengandungi maklumat Lembaga pengarah, laporan audit syarikat (jika ada) serta pengalaman syarikat untuk tempoh 2 tahun dalam bidang berkaitan.
    • Salinan bil utiliti Syarikat yang terkini (Air atau Elektrik)
  2. Dokumen di bawah ini perlu di sahkan oleh Institusi Kewangan yang mengeluarkan dokumen tersebut.
    • Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terakhir (Ogos, September & Oktober 2022).
  3. Menghantar Borang 1 – lampiran A hingga D.

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

  1. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengarah,

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Aras 3, Majlis Perbandaran Sepang,

Persiaran Semarak Api, 63200 CYBERJAYA

Selangor Darul Ehsan

(U.p : Encik Mohd Fahmy Bin Tumut)

 

  1. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta : 03-83190300 Ext : 331.

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN NOVEMBER 2022

MAKLUMAN IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN NOVEMBER 2022
Tarikh Iklan: 9 November 2022
BORANG PERMOHONAN:
Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di laman sesawang Majlis Perbandaran Sepang di pautan ini https://tinyurl.com/Iklankekosonganpremisnov2022
Sebarang pertanyaan,
sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta :
03-83190300 Ext : 771
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
23 NOVEMBER 2022 (RABU) JAM 3.00 PETANG

PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA

PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA 

Majlis Perbandaran Sepang akan mengadakan Pertandingan Rekacipta Bahan Kitar Semula Peringkat Sekolah 2022 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 November 2022 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang

Tempat : Semarak Hall@Cyberjaya

Penyertaan :

  1. Kategori Sekolah Rendah
  2. Kategori Sekolah Menengah

Terbuka kepada  semua sekolah di dalam daerah  Sepang  dan terhad kepada 10 penyertaan terawal bagi setiap kategori.

 

Tarikh tutup penyertaan : 22 November 2022 

Sekian, terima kasih.

Borang Penyertaan Pertandingan :  klikdisini

KENYATAAN PERMOHONAN PELUPUSAN SECARA PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA SECARA TENDER TERBUKA 2023

Kenyataan tawaran pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 kanun tanah negara secara tender terbuka adalah di :-

  • PT 3332 DI KAWASAN PEMBANGUNAN SUNGAI LANG, MUKIM SABAK, DAERAH SABAK BERNAM
  • PT 3333 DI KAWASAN PEMBANGUNAN SUNGAI LANG, MUKIM SABAK, DAERAH SABAK BERNAM
  • PT 3334 DI KAWASAN PEMBANGUNAN SUNGAI LANG, MUKIM SABAK, DAERAH SABAK BERNAM

Berikut adalah Notis Pemberitahuan Kenyataan Permohonan Pelupusan Tanah Kerajaan Secara Tender Terbuka :-

dan berikut adalah Pelan Lokasi.

Tarikh tutup : 23 Oktober 2023

NOTIS PEMBAHARUAN LESEN TAHUN 2023

Mohon klik Notis Pembaharuan Lesen Tahun 2023 untuk cetak notis.

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN SEPTEMBER 2022

MAKLUMAN IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN SEPTEMBER 2022
Tarikh Iklan: 1 September 2022
BORANG PERMOHONAN:
Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di pautan ini https://tinyurl.com/kekosonganpremisseptember2022
Sebarang pertanyaan,
sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta :
03-83190300 Ext : 331
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS) JAM 3.00 PETANG

 

KENYATAAN TAWARAN PELUPUSAN SECARA PEMBERIMILIKAN  TANAH KERAJAAN DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA SECARA TENDER TERBUKA  

Kenyataan tawaran pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 kanun tanah negara secara tender terbuka di Plot 1, Kg. Berjuntai Tin, Bestari Jaya Daerah Kuala Selangor. Berikut adalah :-

Tarikh tutup : 25 September 2022 (pada atau sebelam jam 12.00 tengahari)

Makluman : Kerja-kerja Pengujian Panel Solar di Ibu Pejabat MPSepang

Makluman : Kerja-kerja Pengujian Panel Solar di Ibu Pejabat MPSepang

Semua perkhidmatan dalam talian dan aplikasi mudah alih MPSepang tidak dapat dicapai bermula jam 6.00 ptg 12hb Ogos 2022 hingga jam 4.00 ptg 13hb Ogos 2022 disebabkan bekalan elektrik di Bangunan MPSepang dihentikan untuk tujuan kerja-kerja pengujian panel solar.

Adalah dijangkakan kesemua operasi perkhidmatan atas talian dan aplikasi mudah alih MPSepang akan beroperasi secara sedia kala selewat-lewatnya pada 13hb Ogos 2022 jam 6.00 petang.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN JULAI 2022

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN JULAI 2022
Tarikh Iklan: 18 Julai 2022
BORANG PERMOHONAN:
Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di pautan ini https://tinyurl.com/premisjulai2022
– Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Pengarah,
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,
Aras 3, Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api
63200 CYBERJAYA
Selangor Darul Ehsan
(U.p : Encik Mohd Fahmy Bin Tumut)
– Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta :
03-83190300 Ext : 331
Tarikh tutup permohonan : 1 Ogos 2022 (Isnin) Jam 3.00 petang

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELULUSAN ASET ALIH

1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

Pacuan Empat Roda Toyota Fortuner 2.7V (P) A/T – BJX 8933

2. Aset boleh dilihat pada 16hb Jun 2022 hingga 17hb Jun 2022 diantara jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Aras B3 Bangunan Darul Ehsan.

3. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh diperoleh di alamat seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut harga JPBD/SEL/SH/08/2022 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:-

PLANMalaysia@Selangor
(Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor)
Tingkat 17, Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40646 Shah Alam.

5. Tarikh tutup sebut harga pada 4 Julai 2022 jam 12.00 tengah hari. Sebut  harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut boleh dicapai di laman portal PLANMalaysia@Selangor.

Untuk muat turun Borang Sebutharga klik sini.

Sekian, terima kasih.