Iklan Jawatan Kosong Julai 2025

Klik sini untuk lihat iklan jawatan kosong bagi Julai 2025

Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Kalibrasi di Bilik MSB dan Genset di Ibu Pejabat MPSepang, Cyberjaya

Jabatan Kawalan Bangunan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bilik MSB dan Genset di Ibu Pejabat MPSepang pada 5hb & 6hb Julai 2025 (Sabtu & Ahad). Oleh itu, pihak kontraktor akan membuat penutupan bekalan elektrik secara berperingkat dan akan berlaku gangguan bekalan elektrik dan capaian internet sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan.

Oleh itu, Unit Pengurusan Maklumat akan menghentikan keseluruhan operasi sistem MPSepang bermula pada 4hb Julai 2025 (Jumaat) bermula jam 5.00 petang. Semua perkhidmatan dalam talian tidak dapat diakses sepanjang tempoh tersebut. Kesemua perkhidmatan ini akan beroperasi seperti biasa pada 7hb Julai 2025 (Isnin) 8.30 pagi.

Sebarang permasalahan dan kesulitan amat kami kesali dan didahului dengan terima kasih.
Harap maklum.

KHAIRAT DARUL EHSAN

PENGUSAHA PUSAT JAGAAN & TASKA NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai peranan anda dalam menjaga kesejahteraan kanak-kanak dan warga emas di negeri ini.

Kami sedar bahawa pengurusan pusat jagaan bukanlah tugas yang mudah — terutama apabila perlu mematuhi pelbagai garis panduan dan prosedur.

Oleh itu, kami ingin mendengar terus daripada anda.

Isi soal selidik ini dan bantu kami:

Permudahkan proses pendaftaran pusat jagaan & taska
Semak semula garis panduan agar lebih mesra, mudah dan praktikal

Lebih 80 pusat di Selangor telah berkongsi pandangan mereka. Sekarang giliran anda pula!

Isi dan terima kupon masuk PERCUMA ke Selangor International Care Summit 2025 (SICS 2025) yang bakal berlangsung pada 9–11 Oktober 2025!

Klik untuk jawab:
https://tinyurl.com/surveypusatjagaan

Suara anda penting untuk masa depan penjagaan yang lebih baik. Jom isi hari ni!

#SurveyPusatJagaan #CareEconomy #EkonomiPenjagaan #KitaSelangor #MajuBersama

HEBAHAN PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN BAGI RUMAH KAMPUNG TAHUN 2025

cukai

Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan Elektrik di Ibu Pejabat MPSepang, Cyberjaya

Jabatan Kawalan Bangunan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di Ibu Pejabat MPSepang pada 18 Oktober 2024 (Jumaat). Oleh itu, pihak kontraktor akan membuat penutupan bekalan elektrik secara berperingkat dan kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik dan bekalan internet sepanjang tempoh penyelenggaraan dijalankan.

 

Unit Teknologi Maklumat perlu menghentikan keseluruhan operasi sistem MPSepang seperti ketetapan berikut :

 

Tarikh & masa mula: 18hb Oktober 2024 (Jumaat) 5.30 petang

Tarikh Tamat: sehingga pemakluman kerja-kerja penyelenggaraan selesai

 

Kesemua perkhidmatan ini akan beroperasi seperti biasa apabila kerja-kerja penyelenggaran ini selesai. Sebarang permasalahan dan kesulitan amat kami kesali dan didahului dengan terima kasih.

 

Harap maklum.

PEMBAHARUAN LESEN BAGI TAHUN 2025

Mohon klik Pembaharuan Lesen 2025 untuk memperbaharui lesen.

SENARAI NILAIAN BAHARU MPSEPANG BAGI CUKAI TAKSIRAN BERKUATKUASA 1 JANUARI 2025

 

Borang bantahan boleh dimuat turun di sini. Borang tersebut boleh dihantar ke Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang atau emel ke penilaian@mpsepang.gov.my tidak lewat daripada 25 Julai 2024.

WARTA SENARAI NILAIAN BAHARU MPSEPANG

 

Borang bantahan boleh dimuat turun di sini. Borang tersebut boleh dihantar ke Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang atau emel ke penilaian@mpsepang.gov.my tidak lewat daripada 25 Julai 2024.