JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memproses permohonan dan perlantikan kakitangan baru dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan.
  • Memastikan pengurusan Pentadbiran Pejabat mematuhi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Negeri.
  • Merekod permohonan cuti kakitangan dalam masa 24 jam dari terimaan permohonan.
  • Menyediakan dokumen yang perlu bagi urusan pencen kakitangan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dua tahun sebelum kakitangan berpencen.
  • Menyediakan Takwim Latihan dan Kursus bagi setiap kakitangan pada tiap-tiap bulan Disember.

Sewa Kemudahan

Kumpulan Penyewa
StatusKadar Sewaan
Kumpulan AOrang Awam, pihak Swasta, Badan/Pertubuhan/Kelab serta semua Agensi Swasta.100% daripada kadar sewaan yang ditetapkan.
Kumpulan BSemua jabatan kerajaan termasuk sekolah dan semua agensi kerajaan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.Maksimum RM 200.00 atau mana-mana yang terendah.
Kumpulan CKakitangan MPSepang yang masih bekerja  sahaja dan untuk kegunaan sendiri sahaja.25% daripada bayaran yang dikenakan.
Kumpulan DSemua majlis, ucapan perasmian, lawatan rasmi dan lain-lain yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri (YB, SUK Negeri Selangor) dan setiap Ahli Majlis MPSepang untuk kegunaan sendiri sahaja.Pembayaran dikecualikan.
  • Urusan tempahan dan bayaran hendaklah dibuat di ibu pejabat Majlis Perbandaran Sepang dan segala pertanyaan berkaitan perkhidmatan ini boleh berhubung di talian 03 – 83190200 / 83190300.
  • Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.