JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Bahagian Pembangunan Sukan Dan Kemudahan Sukan
- Menjalinkan dan memupuk perhubungan baik diantara Majlis dengan pertubuhan/ institusi lain seperti persatuan penduduk, rukun tetangga dan lain-lain melalui Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP).
- Mengadakan mesyuarat bersama penduduk bagi membincangkan masalah- masalah setempat.
- Mengaktifkan program kemasyarakatan tanpa meminggirkan golongan warga emas
- Merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan
- Menyelaraskan aktiviti sukan tahunan Majlis
- Membantu kerajaan dalam penganjuran sukan peringkat Negeri dan Kebangsaan
- Menjalankan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan kompleks sukan
- Mengendalikan tempahan kompleks sukan, dewan dan padang.
Bahagian Khidmat Pelanggan
Senarai Perkhidmatan di Kaunter Perkhidmatan Majlis Perbandaran Sepang:
- Permohonan dan pembayaran sewaan bagi peralatan dan kemudahan dibawah kelolaan MPSepang
- Semakan cukai taksiran
- Pertukaran nama dan hakmilik harta
- Pembayaran cukai taksiran MPSepang
- Pembayaran cukai taksiran PBT Selangor (dengan mengemukakan resit cukai taksiran terkini)
- Pembayaran cukai tanah Pejabat Tanah Selangor (dengan mengemukakan resit terkini)
- Urusan berkaitan permohonan ubahsuai bangunan , pembangunan dan lain-lain yang berkaitan dengan OSC
- Pembayaran bagi semua urusan yang berkaitan MPSepang seperti kompaun, denda dan sebagainya
- Pertanyaan umum berkaitan perkhidmatan di MPSepang
Pejabat Cawangan / Kaunter
1) Pejabat Cawangan Taman Putra Perdana, Puchong Dan Pejabat Cawangan Sungai Pelek
Perkhidmatan yang disediakan :
- Pembayaran cukai taksiran PBT Selangor
- Pembayaran cukai tanah Selangor
- Pembaharuan semua jenis lesen perniagaan kecuali lesen pasar malam
- Pembaharuan lesen anjing
- Permohonan untuk pengubahsuaian bangunan
- Penerimaan aduan awam
- Permohonan pertukaran nama dan alamat harta
- Bayaran kompaun
2) Pejabat Cawangan BBST / Kaunter Pandu Lalu
i) Pejabat Cawangan BBST
Perkhidmatan yang disediakan :
- Permohonan untuk pengubahsuaian bangunan
- Penerimaan aduan awam
- Bayaran sewaan kedai dan medan selera
- Bayaran kompaun
- Permohonan pertukaran nama dan alamat harta
ii) Kaunter Pandu Lalu
Perkhidmatan yang disediakan :
- Pembayaran cukai taksiran PBT Selangor ( cukai semasa dan mempunyai resit asal)
- Pembayaran cukai tanah secara tunai ( dengan resit semasa yang asal)