VISI, MISI, MOTO, OBJEKTIF DAN FUNGSI
Visi
Menjadi Perbandaran Bersih, Hijau, Pintar dan Mampan menjelang 2030.
Misi
Melaksanakan Perkhidmatan Perbandaran Secara Kreatif Dan Inovatif Dengan Menerapkan Teknologi Hijau Dalam Pembangunan Ke Arah Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi
Moto
‘Sepang Bersih, Hijau Dan Sejahtera’.
Objektif
Untuk menjadi majlis perbandaran yang diiktiraf dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Fungsi
- Merancang pembangunan secara tersusun, sejahtera dan seimbang.
- Menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap dan terkini bagi menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi.
- Menyediakan perkhidmatan kawalselia, kebersihan dan kesihatan serta kawalan penyakit berjangkit dengan berkesan dan menyeluruh.
- Menyediakan landskap yang indah dan menarik.
- Meningkatkan kualiti pengurusan kewangan dan perakaunan yang cekap dan telus.
- Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang berteraskan kepada teknologi maklumat yang terkini.
- Melesen dan mengamal aktiviti perniagaan, iklan dan penjaja.
- Menjalin hubungan antara masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti sosio-budaya dan perancangan.
- Meningkatkan dan melicinkan pentadbiran melalui perkhidmatan kakitangan yang berkualiti dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan positif.
- Menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan saksama.