IKLAN BAGI KEKOSONGAN PREMIS MPSEPANG
GERAN KECIL ALAM SEKITAR : PROJEK PEMASANGAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH) ATAU KEBUN KOMUNITI
Pengumuman berkenaan Program Geran Kecil Alam Sekitar Negeri Selangor Tahun 2024 di bawah EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar. Pendaftaran boleh dibuat seawal 1 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024.
Setiap permohonan yang berjaya akan menerima geran sehingga RM10,000 untuk menjalankan projek:
1. Projek Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) bagi kegunaan domestik dan pertanian kecil; ATAU
2. Kebun Komuniti sebagai ruang hijau, tempat pembelajaran alam sekitar dan sumber makanan organik.
Tempoh Permohonan: 1 Jun – 30 Jun 2024
Tarikh Pemakluman Keputusan: 17 Julai 2024
Tempoh Pelaksanaan Projek: 1 Ogos – 30 Oktober 2024
Tarikh Penyerahan Laporan: 15 November 2024
Daftar sekarang di pautan tiny.cc/GeranKecilAlamSekitar24 Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia Jawatnkuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negeri Selangor di talian 03-55447841 atau emel selangor. enviromentgrant@gmail.com.
IKLAN JAWATAN KOSONG MAC 2024
Klik sini untuk lihat iklan jawatan kosong bagi Mac 2024
HEBAHAN : SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2024
Jom sertai Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 yang bertemakan ‘Perayaan Muafakat’ dan saksikan pelbagai persembahan kebudayaan, bengkel dan aktiviti yang bertemakan 4 unsur asas dalam kehidupan seharian kita seperti:-
– Pakaian (Membuat Poskad Kain Rahmat DIY daripada kain perca)
– Makanan (Jawab Teka-Teki dan Menangi Beras Lestari)
– Kediaman (Mewarna Lukisan Jubin Naga),
– Pengangkutan (Tanglung Chap Goh Mei buatan Tangan).
Majlis akan berlangsung pada butiran seperti berikut:-
Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00pagi — 6.00petang
Tempat : Foyer Symphony 3 (Persembahan) & LG East Coast (Bengkel dan Aktiviti), IOI City Mall, Putrajaya.
Maps/waze: https://maps.app.goo.gl/V5kNuYgo42vqEH9J8
Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik.
HEBAHAN : PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TENGAH
Kerajaan Persekutuan dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Tengah yang menggabungkan Wilayah Persekutuan dan Negeri Perak pada ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 23-25 Februari 2024 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan, Kuala Selangor
Program ini menjadi platform yang terbaik untuk menyebar luas kefahaman rakyat berkenaan konsep Malaysia MADANI dan merupakan peluang terbaik Kerajaan untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa nasional kepada rakyat di peringkat akar umbi. la juga dapat menyokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif utama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dengan pelbagai acara menarik antaranya pameran raruai agensi kerajaan, kaunter perkhidmatan bergerak, aktiviti sukaneka rakyat, acara pentas dan sebagainya.
#CEPat | JOM SERTAI PERADUAN CEPat-CEPat MENANG!

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN FEBRUARI 2024
SOAL SELIDIK PERKHIDMATAN ATAS TALIAN JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengadakan kajian umum mengenai perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh jabatan/agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Anda dijemput mengisi borang soal selidik yang dibuka sehingga 29 Mac 2024.
Borang soal selidik boleh dicapai di alamat https://ls.selangor.my/sgos
Terima kasih di atas penglibatan anda.